Tuesday, January 25, 2011

Bantuan Surau Kg Chepo Lenggong

Bantuan untuk membaik pulih surau budget RM35k. Surau ini terletak di Kg Chepo Lenggong Perak. Kepada semua bantulah penduduk kampung ini untuk membaik pulih keadaan surau mereka. Untuk memberi keselesaan kepada warga tua terutamanya kerana surau ini bertangga dan untuk warga tua payah untuk mereka naik dan turun setiap waktu solat.
Selain itu keadaan bawah surau yang tidak rata dan selalu dimasuki air bila hujan perlu ditinggikan paras lantainya.
Ajk surau memohon kepada individu atau mana-mana syarikat untuk membantu mereka membina semula surau ini dengan memberi kemudahan kepada semua penduduk terutamanya warga tua. Sila lihat gambar-gambar dibawah.
Malang sekali surau ini pernah menerima bantuan sebanyak RM35K tetapi seorang kontraktor yang tidak amanah cuma membaik pulih atap zink dan mengecat sahaja dengan kos tidak sampai RM5K dan selebihnya tidak tahu entah kemana wang bantuan tersebut.
Oleh itu saya mohon pada semua yang sudi untuk membantu mereka berilah semampu yang boleh. Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah SWT.
Saya masih ingat bagaimana Masjid Subang Airport dibina atas bantuan potongan gaji semua pekerja di kawasan tersebut saperti MAS, Airod, DCA, Kastam, Immigration dll. Berkat pertolongan individu dan syarikat disekitar situ Alhamdulillah masjid tersebut masih diselamatkan oleh Allah SWT walaupun sudah beberapa kali pihak berkuasa ingin merobohkannya. Ini kerana keikhlasan setiap penderma yang ingin melihat masjid itu terbina atas titik peluh yang halal. Bukan setakat itu sahaja ganjarannya amat besar disisi Allah SWT. Apabila mati seseorang anak Adam maka yang bersamanya dialam barzakh hanya 3 perkara iaitu Anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang dimanfaatkannya dan sedekah jariahnya.

keadaan bawah surau yang tidak ada
tempat penyimpanan atau rak
pinggan mangkuk hanya diletak
diatas lantai


keadaan lantai yang bertakung air



surau dari hadapan



tangga surau yg agak tinggi








Sunday, January 16, 2011

Misi Bantuan Penduduk Pangsapuri Vista Subang

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT bantuan dapat disampaikan kepada beberapa penduduk sekitar pangsapuri Vista Subang. Majlis diadakan di Surau Nurul Huda Vista Subang pada 16/1/2011. Antara yang menerima bantuan ialah ibu tunggal yang kematian suami dan penduduk yang berpendapatan bawah RM1500.00 sebulan.
Bantuan kali ini adalah anjuran Ummiku Sayang Charity Group, Badan Kebajikan TM Bangsar dan Puan Elly dari Sanggarsuri Blog. Mereka telah mengadakan jualan jumble sale bagi mengutip dana untuk membantu penduduk disini.
Bantuan ini sepatutnya disampaikan kepada mereka pada bulan Dec lepas untuk bantuan Back to School tetapi oleh kerana dana tidak mencukupi jadi bantuan ini ditangguhkan hingga ke hari dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setiap keluarga menerima RM100 bagi menampung mungkin ada yuran sekolah yang masih belum dibayar, selain itu mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan harian saperti beras, minyak, tepung, susu dll.
Semua pemduduk yang telah menerima bantuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang terutamanya Puan Lily dari Ummiku Sayang Charity Group, semua aktivis Badan Kebajikan TM Bangsar dan Puan Elly dari Sanggarsuri blog, tidak lupa juga kepada Cik Uji dari Wangsa Maju yang telah menyumbang cup cakes nya dan Puan Akma yang telah menyediakan goodies bag kepada penduduk tersebut.
Kepada Ibu yang telah mendapatkan senarai penerima bantuan dan telah menyediakan jamuan dan tempat diucapkan jutaan terima kasih diatas usaha beliau. Tidak lupa juga kepada Pengerusi Surau Nurul Huda yang telah mengizinkan program ini diadakan disitu.
Semoga usaha kita semua yang terlibat didalam misi kali ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT sihatkan tubuh badan dan panjangkan umur kita agar kita dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan sebegini sehingga akhir hayat.
(InsyaAllah next will be Kg Memali Baling Kedah)


bergambar selepas menerima
bantuan



















Puan Zaleha dari TM Bangsar
sedang menyampaikan
sumbangan pada penduduk


















group TM








bersarapan dahulu
sebelum majlis dimulakan










sebahagian muslimat
yang akan menerima
bantuan
































Saturday, January 15, 2011

Maahad Al Taufiq Al Diniah

Latest update - Alhamdulillah dana yang terkumpul setakat ini sebanyak Rm2530 untuk 23 pelajar. Set kerusi meja yang diperlukan sebanyak 100 set. Masih memerlukan 77 set. Sekiranya 50 set dapat dikumpul dalam waktu terdekat ini set kerusi meja tersebut akan dihantar dulu ke Maahad untuk pelajar ting 4 & 5. Sila lihat gambar keadaan kerusi meja pelajar bagi kelas ting 4 & 5

-----------------------------------------------------------------
Maahad ini terletak di Behrang Perak. Kini mempunyai seramai 68 pelajar, 20 perempuan dan 48 pelajar lelaki. Maahad ini tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau dari kerajaan negeri. oleh itu dari segi infratruktur dan peralatan bilik darjah tidak begitu membanggakan. Bila pertama kali melihat maahad itu hati ini terus berkata-kata untuk membantu sekadar yang mampu. Semua nya dengan izin Allah SWT.
Kepada mana-mana pihak terutamanya syarikat kontraktor yang ingin membuat amal jariah bolehlah melawat Maahad ini insyaAllah ada banyak benda yang perlu di renovate. Dan kepada individu juga yang ingin membantu sekadar yang mampu tuan puan boleh menderma sebanyak Rm110.00 untuk membeli satu set kerusi pelajar kerana sekarang ini mereka hanya menggunakan kerusi plastik (kedai kopi) juga untuk kerusi meja guru .
Sumbangan saperti locker pelajar (kebanyakannya rosak), kain langsir, railing langsir, kipas dinding, tikar getah dll amat dialu-alukan.
Kepada yang sudi memberi bantuan sumbangan sila hubungi saya di talian 019-2224474 untuk maklumat lanjut, atau boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 Siti Fadzilah Abdul Manap.

Kata Imam Ghazali harta jangan disimpan dalam hati kerana kita akan menjadi kedekut, simpanlah harta di tangan kita insyaAllah kita akan menjadi orang yang sentiasa bersedekah. Sabda Rasulullah SAW sedekah itu menghindarkan kita dari bala dan penyakit.
Waallahualam.


kelas room Ting. 5







kelas room Ting. 2

keadaan dalam dan luar asrama perempuan

bumbungnya yang agak rendah

Friday, January 7, 2011

Misi Bantuan 'Back to School' Kg Chepo Lenggong

Alhamdulillah bantuan untuk pelajar-pelajar dari Kg Chepo Lenggong Perak telah diagihkan kepada 20 pelajar miskin. Sahabat (wakil dari Kg Chepo) Mat Sedi telah menghantar beberapa gambar melalui email. (maaf gambar dan list pelajar yang menerima bantuan tak dapat di enlargekan sebab di upload dari email)
Semua penduduk kampung yang telah menerima bantuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah sudi membantu mereka. Mereka sangat berbesar hati menerima bantuan yang tak seberapa itu. InsyaAllah bantuan-bantuan begini akan diteruskan pada masa-masa akan datang sekiranya masih ada hamba-hamba Allah yang prihatin terhadap nasib penduduk kampung di pendalaman.


bergambar di depan surau


didalam kedai dipekan
Lenggong