Lawatan ke rumah OKU tersebut pada 25/3/11 bersama Ibu dan Opah yang tinggal di flat yang sama iaitu blog G. Keadaan amat sedih dalam rumah yang tidak terurus. InsyaAllah kita kumpulkan sukarelawan pergi kerumah tu gotong royong membersih rumah supaya bersih dan teratur, sementara kami nak buat permohonan dari Datuk Bandar MPPJ untuk menempatkan mereka di tingkat bawah sekali mana-mana blok yang ada kekosogan. Ibunya cuma ambil upah kopek kerang dirumah jiran sebelah 8kg kerang bayaran cuma rm5.00 sahaja itu pun kadang bayar kadang tidak.
Jiran sebelah buat ibu OKU ni macam orang suruhan beliau, semua disuruhnya buat tapi x bayar. Banyak yang nak kena tolong, first thing first dapatkan sponsor susu n pampers then kalau ada duit zakat boleh bagi pada ibu dia (mualaf). Kebajikan masyarakat tidak menjalankan tugas dengan baik menurut Pn Rohaya bantuan bulanan sebanyak Rm300 dibank in tetapi ada kala beliau hendak mengeluarkan duit tersebut x ada. Nak cakap pun rasa sebak tengok keadaan mereka.
Detail OKU :- Nama : Nashanida bt Mohd Raus Alamat : Ting. 15 Blok G Rumah Pangsa Lembah Subang (PPRT) D.O.B : 8/10/1992 Sakit : Demam ketika usia 2 tahun dan terus lumpuh hingga sekarang
Nama Ibu : Rohaya Lim bt Abdullah (Mualaf) Perkerjaan : Tiada
Bapa : Meninggal 2003 l
lihat keadaan kaki yang sangat kurus