Ahamdulillah bagi pihak Badan Amal ini , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan bantuan dalam kerja-kerja membaiki lantai rumah Puan Rosidah. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dan telah banyak meringankan beban yang keluarga ini hadapi. Puan Rosidah yang tinggal bersama 4 orang anak remaja, tanpa suami, berkerja sebagai cleaner.
Dana yang diperolehi tidak banyak, hanya cukup sekadar memberi sedikit keselesaan kepada keluarga ini dengan membaiki lantai yang telah reput dan menyiapkan bilik salinan untuk mereka 5 beranak.
Dengan bantuan ini, keadaan rumah Puan Rosidah kini lebih selamat dan selesa untuk didiami. Keprihatinan serta usaha yang ditunjukkan bukan sahaja membantu dari segi fizikal, malah turut memberi semangat dan harapan kepada mereka sekeluarga.
Beliau amat menghargai segala bentuk sokongan, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahupun masa yang telah dicurahkan. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Sekali lagi, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat. Semoga diberkati Allah SWT.
![]() |
| Rumah asal |
![]() |
| tiang juga reput |
![]() |
| keadaan lantai kayu sudah reput |











































