Alhamdulillah, Badan Amal Al Jauhar telah mengendalikan kursus jenazah di Felda Jenderak Selatan Kuala Krau Pahang pada 12/12/2021. Program ini diadakan secara percuma khusus untuk peserta-peserta di kampung-kampung pendalaman bertujuan memberi ilmu berkaitan pengurusan jenazah yang mana ia adalah fardhu kifayah dan ada dikalangan orang-orang kampung yang masih mengamalkan adat-adat yang membawa kepada khurafat. Kursus ini juga menekankan kepada cara pengurusan jenazah yang mudah, ringkas dan cepat. Alhamdulillah semua peralatan, nota dan makan minum peserta untuk program ini ditaja oleh beberapa individu yang sudi menginfak bagi menjayakan kursus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada hamba-hamba Allah tersebut, semoga Allah swt memberi ganjaran yang besar disisiNYA.
Kursus seterusnya in sha Allah di Lanchang Pahang. Badan Amal ini amat megalu-alukan kepada yang sudi infak sila ke akaun saperti tertera diatas.
|
Nota peserta & gift |
|
4 set kain kafan yg diwakafkan kepada masjid |
|
melawat bilik mandi jenazah di masjid Al Amin yang baru siap |
|
set kain kafan diserah kepada Pengerusi Masjid Al Amin Ustaz Wan |