Thursday, May 9, 2019

BANTUAN RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah , bantuan Ramadhan telah disampaikan pada penduduk-penduduk dari Kg Sg Simpol dan PPRT Kg Sangkut Ijok dan Kg Temelong Lenggong Perak pada 1/5/2019. Seramai 70 keluarga telah menerima barangan dapur dan buah kurma sempena Ramadhan kali ini. Sumbangan-sumbangan masih diperlukan bagi membantu mereka yg miskin tegar di kampung-kampung pendalaman dan juga miskin bandar (PPRT) untuk menyambut Syawal nanti inshaAllah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para dermawan yang telah sudi membantu mereka yang daif dengan sumbangan-sumbangan tersebut. Semoga Allah swt memberi ganjaran yang besar disisi NYA.



di rumah cikgu Jan Kg Temelong Lenggong serahan buah kurma
dan rice cooker wakaf pada Masjid Warisan


Serahan barang dapur dan buah kurma kepada wakil dari Kg Sg Simpol
isteri (Mak Long) kepada Imam Surau Al Falah 

bersama keluarga Imam Sg Simpol 


penduduk PPRT di Surau Kg Sangkut