Thursday, December 11, 2008

Misi Kebajikan Anak-anak Fakir Miskin di Larut Perak

Dana Kebajikan Aljauhar telah bergabung dengan Dana Persekolahan Fakir Miskin dan Anak Yatim untuk misi kebajikan kali ini. Kami sama-sama akan membantu membeli baju dan kasut sekolah untuk kanak-kanak di Kawasan Larut Perak. Sila lawati http://eksekutifsuri.com/ untuk melihat dana yang telah di sumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim dan sambil itu tuan puan boleh juga membeli produk Biosireh dan buku-buku pendidikan di web tersebut membeli sambil beramal. 5% keuntungan jualan produk yang tersiar dalam web tersebut diatas akan disalurkan kepada misi ini. Marilah sama-sama kita beramal jariah kerana mereka sangat memerlukan bantuan kita semua.

Untuk maklumat lanjut & pembelian @ sumbangan, hubungi:

Puan Elly - 0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Puan Siti - 0192224474 sitifrahim@yahoo.com

..semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin..

Misi Kebajikan Aidil Adha di Kawasan Larut Perak

Misi Kebajikan kali ini ke Larut Perak sempena Hari Raya Aidil Adha 08/12/2008. Saya dan keluarga beraya disana bersama-sama fakir miskin / anak yatim / ibu tunggal. Alhamdulillah 5 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin disana. Selain daging lembu kami juga mengagihkan barangan dapur saperti beras, gula, susu, milo, kopi, teh, tepung, minyak dll. pada hari raya. Peruntukan sebanyak RM100 satu keluarga.
Alhamdulillah saya sempat mengumpulkan wang sebanyak RM3,000 untuk diagihkan kepada 30 keluarga miskin. kami telah kenal pasti 10 yang terdaif dari kawasan Selama, 10 dari kawasan Kubu Gajah dan 10 terdaif dari kawasan Ijok. Saya bersama suami, ustaz dan sahabat-sahabat telah pergi kerumah keluarga yang tinggal di kawasan Selama selepas solat Zohor pada hari raya. Kami terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk masuk ke kampung-kampung tersebut, meredah hutan dan melalui jalan-jalan yang sempit tidak bertar.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan /puan yang sudi menderma hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan / puan sekalian. Saya mendoakan agar Allah menambah rezeki dan keberkatan umur tuan/puan dengan usaha murni ini.

Sedikit pengalaman beraya disana. Kami dapat bersolat Aidil Adha di Masjid Ar Rashdan bersama orang-orang kampung. Pertama kali kami beraya bersama-sama orang-orang kampung yang tidak dikenali tetapi mereka sangat berbesar hati menerima tetamu luar dengan layanan yang baik.

Untuk keterangan lanjut saya sertakan gambar-gambar yang telah diambil semasa misi tersebut. InsyaAllah saya akan meneruskan usaha ini untuk membantu mereka-mereka yang sangat memerlukan bantuan.   Semoga Allah memberkati usaha murni kita semua. WaAllahualam.





Rumah 12 - Rumah En. Osman Mohd Nor terletak di Kaw Mukim Ijok Perak.
Anak 2 orang - 12 tahun dan 5 tahun. Tinggal di Kg Sg Jernih Ijok,
Batu Kurau Perak. Kerja menoreh dan beruk petik buah kelapa, pendapatan RM400. Lihat lah masih ada rumah sebegini di negara kita, dapur kayu dan bilik air yang tidak ada dinding. Keadaan rumah yang tidak berbilik, ini adalah salah satu sebab berlakunya sumbang mahram di kalangan penduduk kampung.
Kepada sesiapa yang bermurah hati mohon peruntukan untuk membina bilik air yang berdinding dan bumbung untuk keluarga ini. Kos anggaran Rm1,000/=


Tempat memasak
Kelihatan seorang sukarelawan sedang membawa barang keatas rumah En. Osman.

Rumah 11 - Rumah En. Ishak Sudin juga terletak di Kaw Mukim Ijok Perak. Anak 10 orang yang sulong 14 tahun dan yang bongsu 1 tahun. Kerja menoreh pendapatan RM400. Keadaan rumah
yang daif dengan bilik air berdindingkan plastik dan tidak berbumbung.
Tandas yang sungguh antik. Beginilah keadaan rumah-rumah fakir miskin
yang sempat diambil, masih ada yang lebih teruk dari gambar-gambar ini.





Untuk keluarga ini juga bilik air dan tandas mereka perlu di perbaiki juga kos anggaran sebanyak Rm1,000/=









Misi Bantuan pertama diagih pada Hari Raya Aidil Adha kepada 10 keluarga. Mereka semua tinggal di Kg Anak Sg Rambutan, Sungai Bayor 34140 Selama Perak. Misi seterusnya akan disambung pada keesokan hari iaitu 09/12/08, bantuan akan di hantar ke kawasan Ijok Hulu Perak.

Rumah 10 - Rumah Puan Norhashimah Lazim 40 tahun, ibu tunggal sakit mental anak seorang lelaki berumur 18 tahun bekerja di ladang sawit.


Rumah 9 - Puan Halijah Mat Dom tinggal di Lot 4679 warga tua yang menjaga 2 orang cucu yatim berumur 10 tahun dan tingkatan 3. (tidak ada gambar rumah)

Rumah 8 - Rumah Puan Rohaya Omar (Ic:711124-08-5060) Suami berkerja di ladang kelapa sawit pendapatan RM400 sebulan. Anak seramai 5 orang sulong Ting 3 dan yang bongsu 5 tahun. 4 orang masih bersekolah.


Rumah 7 - Rumah Puan Salmah Mat Isa (Ic:510223-08-54280) Suami seorang penoreh getah
anak 3 orang. Telah mendapat peruntukan berpindah ke rumah yang baru dalam masa terdekat.




Rumah 6 - Rumah Awang Baharom berusia 90 tahun tinggal bersendirian di rumah ini. Salah seorang anak nya tinggal berdekatan dengan beliau yang tolong memasak makanan dan di hantar ke rumahnya.

Rumah 5 - Rumah Puan Siti Hajar Abd Rahman (Ic:730623-08-6432) mempunyai 7 orang anak yang sulong 16 tahun dan bongsu 2 tahun. Anak yang bersekolah seramai 5 orang. Pendapatan suami antara RM300-RM400 pekerja kontrak. Beliau sendiri terpaksa berkerja di ladang ayam beri makan dan kutip telur ayam untuk menambah pendapatan.



Gambar sebelah kanan sekali, walaupun dapat peruntukan dari kerajaan dulu sebelum piliharaya tetapi keadaan saperti melepas batuk di tangga kos binaan RM10,000 tetapi tidak ada bilik , bilik air dan dapur. Mereka terpaksa mengguna bekas rumah lama untuk memasak dan mandi saperti gambar dibawah.

Rumah 4 - Rumah Puan Rosanah Said (Ic: 570502-08-6874) seorang ibu tunggal mempunyai 7 orang anak yang bongsu 7 tahun. Pendapatan hanya bergantung pada anak yang sulong (sudah kahwin juga kena sara keluarga sendiri ) dan kedua yang berkerja di kampung saperti menoreh atau kutip kelapa sawit.







Rumah 3 - Rumah Puan Halimah Ismail seorang ibu tua yang menjaga anak perempuannya berusia 30 tahun mempunyai anak 2 orang 6 / 8 tahun yang sakit TB (tulang reput). Puan Halimah juga menjaga cucu-cucunya yang telah ditinggal oleh ayah mereka yang tidak dapat dikesan. Lihat gambar keadaan dalam rumah Puan Halimah.

Rumah 2 - Puan Fatimah bt Kadir - Anak 2 orang 10 tahun / 6tahun - pekerjaan suami menoreh getah. Pendapatan RM300-RM400 sebulan.




Rumah 1 - Puan Siti Fatimah Mohd Yusof (IC: 720427-08-5900) bersama anak nya sedang menerima bantuan makanan dari kami. Mempunyai 3 orang anak antara 9 tahun - 11 bulan. Suami berkerja di kampung pendapatan sekitar RM400. Alamat : Kg Anak Sg Rambutan Sungai Bayor 34140 Selama Perak. Rumah yang lama dan di sebelah kanan baru tambah atas ehsan ramai. Tidak ada bekalan air memerlukan anggaran RM2,000 untuk menyambung paip ke rumah nya.


Gambar-gambar yang telah diambil ketika ibadah korban sedang dijalankan di kampung Sg Rendang Selama Perak.



















Barang-barang diletak di dewan untuk diagihkan kepada keluarga miskin. pekerja sukarela telah sama-sama membantu untuk membahagikan makanan kepada 30 keluarga fakir miskin.

Membuat pembayaran bil kepada cashier di Giant.

Barang sedang diangkut
naik keatas 4 wheel drive untuk dibawa ke Selama Perak.









Kami singgah di Giant Taiping pada hari Ahad 7/12/08 sehari sebelum hari raya untuk membeli barang-barang.