Tuesday, January 20, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis & Tanah Merah (Misi 1)

 Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan mangsa-mangsa banjir di sekitar Kelantan dan Pahang. Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar dapat mambantu beberapa keluarga yang dikenal pasti tidak mendapat semua/sebahagian bantuan dari mana-mana pihak di Kg Aur Gading Kuala Lipis dan Kg Sak Hulu Tanah Merah.  Bantuan perlu berterusan setiap bulan (istiqomah) kerana musibah yang menimpa penduduk ini mengambil masa yang panjang untuk pulih saperti biasa.
Kebanyakan penduduk Kg Aur Gading Kuala Lipis adalah penoreh getah, sekarang ini sumber pendapatan tiada sebab barang kelengkapan untuk menoreh dibawa arus banjir justeru itu bantuan yang berterusan harus dihantar kepada penduduk disini untuk beberapa bulan akan datang.
Bantuan lain yang sangat diperlukan iaitu selimut dan toto (hamparan) untuk tidur kerana perubahan cuaca yang sejuk ketika ini.  
Kepada semua yang sudi membantu dan menghulurkan sumbangan semoga ianya menjadi saham akhirat kelak. JazakAllahu Khair.
pakaian dalam wanita/remaja/budak lelaki & perempuan






barang bantuan mangsa banjir

rumah yg ditenggelami air banjir hingga paras bumbung
di Kg Aur Gading Kuala Lipis

kesan lumpur tebal  dilantai  



barang plastik yang tersangkut di atas ceiling selepas banjir surut

baju yang berlumpur 




rumah yang roboh sedang dibina semula
di kg aur Gading





 jambatan yang roboh di Kg Aur Gading





rumah yang berusia lebih 100 tahun ini shj yang terselamat di kg aur Gading



kucing ini selamatkan dirinya naik ke atas pokok durian
berada diatas pokok selama 2 minggu



jambatan gantung yang rosak



jambatan pelampong sementara dibina oleh tentera


inilah Sg Tenau di Kg Aur Gading yang
mengganas waktu banjir 




rumah yang hanyut 



roboh

air naik paras tingkap (tingkap yang berlumpur)





di tepi bandar Kuala Krai




sampah barang rumah yang tidak boleh diguna lagi di Tanah Merah

di Kg Sak Hulu Tanah Merah Kelantan

















dinding rumah yang dihanyut banjir di Kg Aur Gading

pemilik rumah yang masih dalam suasana kebingungan

di Kg Sak Hulu Tanak Merah Kelantan