Saturday, January 1, 2011

Misi Bantuan 'Back to School' 2011 Lenggong & Baling

InsyaAllah pada hujung Jan atau in mid Feb misi bantuan barangan dapur akan diagihkan kepada penduduk Kg Memali Baling. Seramai 100 keluarga terdaif akan menerima bantuan tersebut. Budget untuk setiap keluarga sebanyak Rm100-150. Kepada individu atau mana-mana syarikat yang sudi menghulurkan sumbangan amatlah di alu-alukan. Samada sedekah atau wang zakat insyaAllah bantuan tersebut akan disalurkan terus kepada fakir miskin di Baling Kedah.
Kepada yang sudi membantu boleh terus bank in ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap atau boleh hubungi di talian 0129-2224474 untuk maklumat lanjut.
Semoga setiap amal kebajikan kita diterima Allah SWT.

---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah misi bantuan program 'Back to School' telah pun selesai diadakan pada 25Dec di Lenggong dan 26Dec di Baling Kedah.
Program di Lenggong bermula pada 25Dec jam 10.00pagi, seramai 20 pelajar hadir menerima bantuan pada pagi tersebut dan selebihnya Cikgu Jan (wakil di Lenggong) telah menghantar kerumah masing-masing kerana pelajar tidak dapat hadir kerana ada yang masih bercuti.
Manakala program di Baling diadakan pada 26Dec jam 10.00pagi. Kesemua 40 pelajar telah hadir menerima bantuan berupa beg, alat tulis, baju dan kasut sekolah termasuk belt, stoking, tudung dan anak tudung. Manakala alat tulis saperti pensil, eraser, sharperner, colouring set, magic pen, berus, warna, bekas warna untuk lukisan, pensil box, gunting, gam & ruler.
Keseluruhan jumlah pelajar yang mendapat bantuan di kedua-dua tempat ini seramai 131 iaitu 41 pelajar dari Kg Temelung, 20 pelajar dari Kg Chepo Lenggong Perak manakala di Kg Memali Baling Kedah seramai 70 pelajar yang menerima bantuan.
Setiap kampung menerima peruntukan tambahan untuk 10 pelajar kecuali Kg Memali menerima peruntukan tambahan seramai 30 pelajar.
Bagi peruntukan tambahan beg dan alat tulis telah dihantar pada 30Dec ke Lenggong dan Baling.

Di Kg Memali Baling pada 26Dec makan tengah hari untuk semua pelajar dan ibu bapa yang hadir telah ditaja oleh seorang hamba Allah dari Bukit Jelutong Shah Alam. Beliau berhajat untuk memberi makan kepada fakir miskin disana. Alhamdulillah dengan kerjasama Cikgu Non wakil di Kg Memali dan beberapa penduduk kampung telah bergotong royong memasak pada hari tersebut. Antara menu nya ayam masak merah, acar rampai, daging rendang, sayur bersama nasi putih dan nasi tomato. Ucapan jutaan terima kasih kepada hamba Allah tersebut semoga Allah SWT menambah dengan rezeki yang halal kepada beliau dirahmati lagi diberkati.

Syukur kepada Allah SWT dengan izin Nya program ini dapat dijalankan dengan lancar dan dengan izin Nya jua sumbangan-sumbangan diterima pada saat akhir, Alhamdulillah bantuan dapat disampaikan kepada 131 pelajar.
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang telah sudi membantu fakir miskin di kedua-dua negeri tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi dan semua kakitangan Kelab Sukan & Rekreasi Naza TTDI (terutama Tuan Hj Zamani & En Zaidi) yang turut sudi menghulur sumbangan didalam misi ini. Ini adalah tahun kedua mereka menghulurkan bantuan 'Back to School' anjuran blog Aljauhar dan Sanggarsuri.
Tidak lupa juga kepada En Sharizal berserta kakitangan dari TNB yang sudi membantu, beliau telah datang sendiri menghantar sumbangan pada malam 25Dec.
Kepada Puan Elly dan suami En Nizam dari blog Sanggarsuri, mereka suami isteri pada minggu sebelumnya telah menyampaikan bantuan Back to School di Pengkalan Chepa Kelantan. Mereka mewakili negeri sebelah pantai timur.
Setinggi penghargaan juga diberi kepada ahli qariah Sek 7 Shah Alam terutamanya Surau PMMA SA2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Azizan dan isteri Puan Shima yang telah berusaha dan turut serta didalam misi kali ini.
Dan kepada semua individu (hamba Allah) didalam dan diluar negara yang turut memberi sumbangan samada wang atau tenaga semoga kalian semua dirahmati dan diberkati.
Tidak lupa juga kepada semua wakil-wakil dari Perak dan Kedah. Jutaan terima kasih kepada En Safuan dan isteri Cikgu Sharizan yang berusaha mendapatkan senarai pelajar di Kg Temelung, Cikgu Isa yang telah menyediakan senarai pelajar dari Kg Chepo. Kepada Imam Tahir yang sudi datang menyampaikan sumbangan kepada semua pelajar. Manakala di Baling jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Non sekeluarga telah menyediakan tempat juga kepada Cikgu Kutub dan isteri yang telah memberi ruang bergotong royong ditumah beliau memasak untuk jamuan tengah hari.
JazakAllah Khairan Kathiran diucapkan kepada semua semoga apa yang kita usahakan ini akan mendapat ganjaran disisi NYA, dan kita mohon agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang dipilih oleh Allah SWT didalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan mendapat petunjuk taufik dan hidayahNYA.
Semoga misi bantuan sebegini dapat diteruskan pada bila-bila masa kerana jauh disana di kampung-kampung pendalaman masih ramai yang tahap kemisikinan sangat menyedihkan.





peralatan sekolah yang disediakan










dibawah gambar-gambar di Kg Temelung Lenggong Perak

bergambar di hadapan masjid









uniform & peralatan
sekolah sedang diagihkan






















sedang mengagihkan
bag handicraft sumbangan
Puan Ayu dan rakan-rakan dari Penang

















dibawah adalah gambar-gambar yang diambil
dalam misi bantuan di Kg Memali Baling Kedah

Cikgu Non (berkopiah)
wakil di Baling sedang
menyampaikan baju dan
peralatan sekolah






































makanan yang disediakan
sumbangan sahabat dari Shah Alam







ibubapa yang sedang
menunggu menerima
bantuan untuk anak-anak
mereka

2 orang pelajar miskin
sedang menunggu giliran
untuk mengukur baju






pelajar perempuan sekolah
menengah sedang mengukur
kasut
pelajar menengah sedang
menunggu giliran













lori yang membawa uniform
dan peralatan sekolah








rumah kedai tempat
agihan dijalankan
















dirumah salah seorang
penduduk yang sudi memberi
ruang untuk gotong royong
memasak







singgah solat zohor di masjid
Pengkalan Hulu semasa
dalam perjalanan ke Baling

tembok nama masjid