Tuesday, January 25, 2011

Bantuan Surau Kg Chepo Lenggong

Bantuan untuk membaik pulih surau budget RM35k. Surau ini terletak di Kg Chepo Lenggong Perak. Kepada semua bantulah penduduk kampung ini untuk membaik pulih keadaan surau mereka. Untuk memberi keselesaan kepada warga tua terutamanya kerana surau ini bertangga dan untuk warga tua payah untuk mereka naik dan turun setiap waktu solat.
Selain itu keadaan bawah surau yang tidak rata dan selalu dimasuki air bila hujan perlu ditinggikan paras lantainya.
Ajk surau memohon kepada individu atau mana-mana syarikat untuk membantu mereka membina semula surau ini dengan memberi kemudahan kepada semua penduduk terutamanya warga tua. Sila lihat gambar-gambar dibawah.
Malang sekali surau ini pernah menerima bantuan sebanyak RM35K tetapi seorang kontraktor yang tidak amanah cuma membaik pulih atap zink dan mengecat sahaja dengan kos tidak sampai RM5K dan selebihnya tidak tahu entah kemana wang bantuan tersebut.
Oleh itu saya mohon pada semua yang sudi untuk membantu mereka berilah semampu yang boleh. Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah SWT.
Saya masih ingat bagaimana Masjid Subang Airport dibina atas bantuan potongan gaji semua pekerja di kawasan tersebut saperti MAS, Airod, DCA, Kastam, Immigration dll. Berkat pertolongan individu dan syarikat disekitar situ Alhamdulillah masjid tersebut masih diselamatkan oleh Allah SWT walaupun sudah beberapa kali pihak berkuasa ingin merobohkannya. Ini kerana keikhlasan setiap penderma yang ingin melihat masjid itu terbina atas titik peluh yang halal. Bukan setakat itu sahaja ganjarannya amat besar disisi Allah SWT. Apabila mati seseorang anak Adam maka yang bersamanya dialam barzakh hanya 3 perkara iaitu Anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang dimanfaatkannya dan sedekah jariahnya.

keadaan bawah surau yang tidak ada
tempat penyimpanan atau rak
pinggan mangkuk hanya diletak
diatas lantai


keadaan lantai yang bertakung air



surau dari hadapan



tangga surau yg agak tinggi








No comments: