InsyaAllah gambar-gambar bantuan di Kg Temelung , Kg Chepo Lenggong juga di Kuala Kurau , Lembah Subang dan Ibu Tunggal Kg Melayu Subang akan di upload dalam masa terdekat.
Misi Bantuan Ramadhan ke Lenggong dan Baling pada 15/7/2011 bertolak dari KL selepas subuh sampai di Kg Temelung Lenggong jam 10.30 pagi. Kurma diturunkan dirumah wakil Lenggong Cikgu Jan. Seramai 100 orang penerima bantuan 50 dari Kg Temelung dan 50 dari Kg Chepo Lenggong. Selepas selesai kami terus bertolak ke Baling sampai disana jam 12.30 tengahari. Selepas solat Zohor kami terus kerumah Cikgu Khutob di Kg Becah Sawah, disini seramai 26 penerima dari kalangan ibu tunggal warga emas. Setelah selesai kami terus ke Kg Memali, disana seramai 24 penerima juga dikalangan ibu tunggal warga emas dan majlis penyampaian diadakan disalah sebuah kedai sahabat disitu.
Alhamdulillah setelah selesai pada jam 6.00 petang kami terus kerumah cikgu Non wakil di Baling untuk berehat seketika dan kami terus bertolak balik ke KL selepas solat maghrib dan sampai di KL jam 2.30pagi.
Syukur Alhamdulillah kesemuanya seramai 150 orang dari 3 buah kampung dapat diagihkan bantuan Ramadhan kali ini dan insyaAllah sekiranya dana berterusan kami akan menghantar untuk round ke 2 dan seterusnya. (gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut)
InsyaAllah misi seterusnya pada hari Sabtu 30/7/2011 ke Kuala Kurau seramai 36 keluarga telah dipilih menerima sumbangan dan pada hari Ahad 31/7/2011 sumbangan akan diberi pada penduduk Lembah Subang iaitu seramai 24 keluarga pada jam 11.00pagi bertempat di Dewan Penduduk Blok D dan sebelah petang lepas asar bertempat di Surau PKNS Taman Subang seramai 17 ibu tunggal akan menerima bantuan Ramadhan. Kepada semua yang ingin turut serta bolehlah hadir pada waktu tersebut.
Semoga usaha kita berterusan dan saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua semoga Ramadhan kali ini yang terbaik didalam hidup kita kerana kita tidak pasti samada kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang.
Balu As-Syahid Ust Ibrahim