Sekolah Agama (Kafa) Insaniah terletak di Lembah Subang berdekatan dengan Ara Damansara. Kebanyakkan pelajar disini adalah dikalangan anak-anak keluarga miskin yang tinggal di sekitar flat-flat yang ada berdekatan dengan sekolah ini. Sekolah ini adalah dibawah Jais, tetapi oleh kerana peruntukan setiap sekolah Agama agak kurang dan lambat disalurkan maka kami berusaha mendapat dana untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat belajar dengan selesa. Kerja-kerja amal ini atas usahasama blog ini dan pihak sekolah juga dari blog UmmikuSayang. Sebelum ini tembok sekolah juga dapat dibina atas sumbangan orang ramai, begitu juga penghadang didalam kelas room dan zink yang bocor semua atas sumbangan para dermawan. Bangunan surau yang sedang dibina ini juga akan menempatkan ruang untuk komputer dan perpustakaan. Alhamdulillah setakat ini semua kerja berjalan dengan lancar dan akan siap tidak lama lagi.Kepada semua yang terlibat samada dari segi kewangan atau tenaga bagi menyiapkan surau sekolah Kafa Insaniah hanya Allah SWT yang dapat memberi ganjaran kepada kalian semua. Semoga kita beristiqomah dapat melakukan kerja-kerja amal ini sehingga akhir hayat. Sila ke Facebook 'Help Kafa Insaniah' for more info.
|