Wednesday, September 19, 2012

Misi Bantuan Baling

sarapan pagi dirumah Mak Long (kakak
Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya)
Alhamdulillah Misi Bantuan ke Baling pada 15/9/2012 telah pun selesai dan bantuan makanan  dan zakat telah diagihkan kepada 40 keluarga termasuk balu-balu Memali dan beberapa keluarga miskin di Kg Memali. Rombongan konvoi 5 kereta dan 1 van terdiri dari sahabat-sahabat dari UM out campus Usuluddin n Syariah  dan Yayasan Semesta.
Syukur Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan kembali walaupun masa agak terhad dan terasa juga kepenatannya tapi kami berasa syukur kepada Allah SWT kerana bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang daif. Jutaan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang untuk misi kali ini terutama kepada Yayasan Semesta Masjid Bulat Sek 14 Petaling Jaya yang sudi membenarkan van mereka digunakan untuk membawa bantuan kesana juga kepada semua sukarelawan yang terlibat samada dari segi kewangan atau tenaga anggaplah semua ini sebagai sedekah jariah kita dan bekalan akhirat.
Semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada kita semua yang sama-sama menjayakan misi ini.



pondok dirumah Asy-syahid Ibrahim yang masih
utuh tidak reput sebagai bukti kejadian dengan kehendak
Allah SWT
bergambar dihadapan masjid di Parit Panjang
melawat makam Asy-Syahid Memali di
Parit Panjang
Mak Long duduk ditengah
sumbangan untuk Mak Long

dihadapan rumah Asy-Syahid Ust Ibrahim

barang bantuan di punggah di hadapan
rumah Cikgu Non (wakil Baling)


Add caption


Add caption

ucapan ringkas dari wakil rombngan
saudara Firdaus














doa dibaca setelah bantuan disampaikan
disetiap rumah yang dilawati

lumpuh akibat kemalangan

sumbangan kepada ibu mangsa


pakcik ini juga lumpuh


lima beradik ini tinggal bersendirian jika ayah
mereka keluar berkerja ke Penang hanya jiran
yang memberi pertolongan yang diperlukan



salah sbuah rumah yang daif perlu dana
untuk baik pulih



makcik warga emas ini juga lumpuh menerima
bantuan dari kami


makcik ini juga lumpuh menerima bantuan

Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi

Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi terletak di Batu Kurau Perak, Pengetua/Mudir Madrasah ini Tuan Guru Ustaz Hj Tajuddin Mad Jali. Madrasah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang didirikan untuk mendidik dan membimbing semua lapisan dan peringkat masyarakat tanpa mengira had umur serta kebolehan sesorang itu. 
Pusat pengajian ini berjalan atas konsep 'kewajiban', ini bermakna yang ianya tidak mempunyai elemen perniagaan terhadap ilmu dan kemahiran. Yang berpengetahuan wajib mengajar dan yang tidak berpegetahuan wajib belajar dan yang berharta wajiblah membantu. Pusat ini telah beroperasi semenjak 4 tahun yang lalu.
Yuran yang dikenakan kepada pelajar hanyalah Rm80 sebulan termasuk makan minum, penginapan dll. Pusat ini memerlukan kepada aset dan pendapatan tetap untuk menampung kos operasinya antaranya tabung makanan pelajar, penyediaan alat dan perkakas kursus kemahiran, kos untuk membekalkan bekalan air bersih, elektrik juga bil-bil, kos penghantaran pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Dana diperlukan bagi menampung pembinaan baik pulih yang telah dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar yang ramai.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 
Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin - 013-524 3010 / 017-213 8152
atau boleh infak terus ke 
Bank Islam - 08040010023732  - Madinatul Ilmi
Maybank - 158305262625  - Ahmad Tajuddin Mat Jali    


bahagian dalam yang belum diplaster

bahagian luar yang belum diplaster



siling diperlukan untuk menutup kayu-kayu atap dan haba panas waktu siang