Friday, October 21, 2022

BANTUAN CARPET SURAU KG TUALANG BRUAS

 Alhamdulillah dgn izin NYA , Badan Amal ini dapat menghantar 6 gulung carpet yang diperlukan oleh pihak Ajk Surau Kg Tualang Bruas Perak. Walaupun tidak dapat memberi sebanyak  yang dipohon oleh pihak surau tapi Alhamdulillah masih ada beberapa penderma yang sudi membantu mereka. Keadaan surau agak daif kerana tidak ada dana untuk menampung keperluan surau tersebut. 

Kelas pengajian Al Quran untuk muslimat dan kanak-kanak diadakan setiap minggu. Kuliah-kuliah tidak dapat diadakan oleh kerana tiada tenaga pengajar disana dan pihak surau tiada peruntukan untuk membayar ustaz-ustaz yang datang dari jauh. 

Oleh itu pihak Badan Amal memohon kepada sesiapa yang sudi membantu mereka disana dengan menginfakkan sedikit dari wang ringgit kita untuk memberi ilmu kepada mereka agar Ajk surau dapat menjemput ustaz-ustaz dari luar kawasan untuk hadir menyampaikan ilmu kepada penduduk di kampung tersebut. Segala bantuan dan sumbangan dana amatlah dialu-alukan, semoga menjadi saham akhirat kita kelak InshaAllah. 

Jutaan terima kasih kepada penderma yang hanya beberapa orang sahaja yang sudi menginfak untuk membeli carpet baru untuk surau ini, semoga amal jariah ini mendapat ganjaran besar disisi Allah SWT.