Saturday, June 25, 2016

BANTUAN ASNAF SELAYANG

Alhamdulillah barang-barang dapur bantuan untuk asnaf di Selayang seramai 65 keluarga telah dihantar ke Masjid Selayang Baru pada hari Sabtu 25/6/16. Majlis penyampaian bantuan ini akan diadakan pada 30/6/16 selepas solat Asar bertempat di masjid tersebut. Pihak Badan Amal Al Jauhar telah mewakilkan Ustaz Khairil Anuar berserta Nazir dan AJK masjid untuk menyempurnakan agihan kepada asnaf pada hari tersebut. 
InshaAllah gambar-gambar majlis akan menyusul kemudian di page ini. 







Sumbangan disampaikan oleh Ust Khairil dan AJK Masjid