Friday, September 19, 2008

Majlis Buka Puasa di Cafe An Nurs




Majlis ini telah diadakan di Cafe An Nurs pada hari Jumaat 19 Sep 08. Seramai 60 orang kesemua yang menghadiri majlis ini, antara yang hadir 24 orang anak yatim, 8 orang ibu tunggal termasuk seorang ibu tunggal mualaf dan 2 keluarga miskin tegar bersama anak-anak mereka. Sebelum majlis berakhir Puan Masrizah pemilik Cafe tersebut telah mengagih-agihkan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak keluarga miskin tegar.

Penghantaran Makanan ke MT Al-Quran Wal Qiraat








Beberapa misi penghantaraan makanan berbuka puasa yang telah disediakan untuk pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dan untuk orang-orang tua belajar pondok di Jeram. Kepada semua tuan / puan yang bermurah hati menderma semoga Allah S.W.T memberi ganjaran didunia hingga ke akhirat.