Tuesday, December 13, 2022

PERSATUAN KEBAJIKAN KASIH OKU SELANGOR

Saya menerima call dari En Muhamad yang memohon supaya membantu rumah kebajikan ini, kerana katanya sudah hampir kehabisan stok makanan. 
Alhamdulillah bantuan dapat dihantar ke rumah Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor ini pada 12/12/2022. Walaupun sumbangan yang diterima tidak seberapa , Alhamdulillah dapat juga menghantar sedikit keperluan makanan untuk mereka yang kurang upaya yang tinggal disini.
Jutaan terima kasih kepada penderma yang sudi memberi sumbangan, semoga  mendapat ganjaran kerana membantu orang kurang upaya seramai 25 orang kesemuanya, ada penghuni dewasa, kanak-kanak dan seorang bayi. Bantuan masih diperlukan tuan/puan boleh menziarahi mereka di alamat 
no.29 Jalan Merpati, Taman Eng Ann, 41150 Klang Selangor.













 

Friday, October 21, 2022

BANTUAN CARPET SURAU KG TUALANG BRUAS

 Alhamdulillah dgn izin NYA , Badan Amal ini dapat menghantar 6 gulung carpet yang diperlukan oleh pihak Ajk Surau Kg Tualang Bruas Perak. Walaupun tidak dapat memberi sebanyak  yang dipohon oleh pihak surau tapi Alhamdulillah masih ada beberapa penderma yang sudi membantu mereka. Keadaan surau agak daif kerana tidak ada dana untuk menampung keperluan surau tersebut. 

Kelas pengajian Al Quran untuk muslimat dan kanak-kanak diadakan setiap minggu. Kuliah-kuliah tidak dapat diadakan oleh kerana tiada tenaga pengajar disana dan pihak surau tiada peruntukan untuk membayar ustaz-ustaz yang datang dari jauh. 

Oleh itu pihak Badan Amal memohon kepada sesiapa yang sudi membantu mereka disana dengan menginfakkan sedikit dari wang ringgit kita untuk memberi ilmu kepada mereka agar Ajk surau dapat menjemput ustaz-ustaz dari luar kawasan untuk hadir menyampaikan ilmu kepada penduduk di kampung tersebut. Segala bantuan dan sumbangan dana amatlah dialu-alukan, semoga menjadi saham akhirat kita kelak InshaAllah. 

Jutaan terima kasih kepada penderma yang hanya beberapa orang sahaja yang sudi menginfak untuk membeli carpet baru untuk surau ini, semoga amal jariah ini mendapat ganjaran besar disisi Allah SWT.





















Saturday, August 20, 2022

BALING

Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar dapat menyampaikan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kepala air yg besar berlaku tempoh hari. walaupun sumbangan yg sedikit kami masih dapat membantu seadanya kepada beberapa keluarga yang terlibat.
kita doakan semoga Allah swt permudahkan kehidupan mereka seterusnya, dan kepada sesiapa yang sudi menyumbang boleh masuk ke akaun saperti tertera diatas.
Bantuan dan sumbangan masih diperlukan lagi inshaAllah. 
kepada para penyumbang misi ini kami bagi pihak penduduk mengucapkan JazakAllah Khairan Kathiran , semoga Allah swt membalas kebaikan kalian semua.   

Kak Nah wakil di Baling yg sudi membawa kami 
ziarah dan memberi bantuan kepada mangsa banjir








































masih kelihatan garisan paras air sewaktu banjir melanda























dikawasan ini lah mayat 3 mangsa ditemui




kawasan 7 buah rumah yg hilang dibawa arus air

sungai yang dulunya kecil dan deretan 7 buah rumah
yang hilang disini setelah dilanda bencana, sekaligus
menjadi sungai ini lebar  





rumah yang rosak teruk tidak boleh diduduki lagi
berhampiran sungai yg dilanda kepala air. terdapat
sebatang kayu balak besar tersangkut dlm rumah ini. 



jambatan terputus dan dibina semula (sementara) 
oleh pihak tentera

Kak Maznah wakil di Baling yang sudi membawa kami 
melawat kawasan yg terlibat