Monday, October 31, 2011

Carpet Baru Sek Ren Keb Lembah Subang


carpet lama sedang ditanggalkan
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sumbangan carpet baru untuk Sek Rendah Kebangsaan Lembah Subang akhirnya telah dipasang pada 31/10/11. Walaupun pada waktu itu sumbangan masih tidak mencukupi tetapi niat baik diteruskan dan Alhamdulillah setelah diwar-warkan ada hamba Allah yang tampil menawarkan bantuan.
Semoga pihak sekolah dan pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan saperti kuliah, pengajian Al Quran selain dari ibadah solat disurau ini.
Kepada semua para dermawan jutaan terima kasih diucapkan diatas keprihatinan tuan / puan membantu sekolah ini. Semoga  Allah SWT memberi ganjaran didunia dan diakhirat insyaAllah.     





kerja-kerja pembersihan carpet lama


pekerja sedang membentang carpet baru







dibilik Imam juga ditukar dengan carpet baru

Saturday, October 15, 2011

Ibadah Qurban 1431H

Alhamdulillah, setakat hari ini 4/11/11 8 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada penduduk kampung di sekitar Lenggong, Kg Bkt Belapit 3 (ekor) , Kg Luat (1 ekor), Kg Bkt Sapi (1 ekor), Kg Bonggol Batu (1 ekor), Kg Tok Ngah Parit Buntar (1 ekor) dan di Kota Belud Sabah (1 ekor).

----------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah, setakat ini 5 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada 3 kampung iaitu Kg Bukit Belapit (3 ekor / penduduk ramai), Kg Luat (1 ekor) dan Kg Tok Ngah (1 ekor). Masih ada yang bertanya dan ingin menyertai ibadah qurban pada kali ini. InsyaAllah qurban masih diterima sebanyak mungkin untuk diagihkan ke kampung-kampung pendalaman termasuk di Sabah.
----------------------------------------------

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk menunaikan Ibadah Qurban 1431H. InsyaAllah pada tahun ini saperti biasa Misi Qurban dari Badan Kebajikan Al Jauhar akan bersama penduduk kampung-kampung akan melaksanakan ibadah ini. Antara kampung-kampung yang telah dikenal pasti bagi melakukan ibadah ini ialah Kg Temelung, Kg Chepo, Kg Luat, Kg Bkt Sapi dan Kg Bkt Belapik kesemua kampung-kampung ini terletak di daerah Lenggong Perak dan juga di Kg Tok Ngah, Kg Raja Basah yang teletak di daerah Parit Buntar Perak.
Satu bahagian lembu Rm350 dan jika kambing seekor Rm650 (ini termasuk kos pengangkutan, peralatan dan jamuan untuk penduduk kampung).

Selain di Malaysia Misi Qurban ini juga diadakan di Wilayah Cham yang terletak di Kemboja yang mana banyak kampung-kampung penduduk fakir miskin disana. Kampung-kampung ini terletak dibeberapa buah pulau disepanjang Sg Mekong. Perjalanan dari Phnom Penh ke kampung-kampung ini sejauh260km mengambil masa selama 4 jam yang mana hampir 2 jam kena menaiki sampan untuk sampai ke perkampungan ini. Setiap pulau ada sebanyak 400 buah rumah. Rumah-rumah mereka dibuat dengan kayu buloh yang boleh didapati dihutan. Disini mereka hanya hanya dapat merasa makan daging setahun sekali.
Misi Kembara Qurban yang terdiri dari jemaah-jemaah Masjid Subang Aiport yang diketuai oleh Bilal masjid Airport iaitu Saudara Razak. Mereka akan berlepas kesana pada 5Nov - 13Nov 2011. Ibadah Qurban di Kemboja ini dilaksanakan semenjak 7 tahun yang lepas. Mereka akan membawa semua baju terpakai dan lain-lain barang keperluan selain kutipan untuk membeli lembu disana. Harga satu bahagian lembu Rm250 dan Rm450 seekor kambing.

Kami menyeru kepada semua yang prihatin dengan nasib fakir miskin samada di negara ini atau di luar sana marilah kita melakukan ibadah ini dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT dan melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin dengan memberi daging qurban kita niatkan itu kepada yang benar-benar layak menerimanya.
Selain itu  bntuan beras juga amat diperlukan buat masa ini disana kerana bekalan beras mereka terputus oleh sebab banjir besar di negara Thailand. Harga seguni beras seberat 50kg Rm130 boleh diagihkan kepada setiap keluarga sebanyak 5kg.
Oleh itu tuan/puan yang berhajat untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini , boleh menghubungi di talian 019-2224474 atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap, sila sms atau email nama penuh dan jumlah.
Sila ke artikel 2008-2010 dimana ibadah qurban pernah dibuat di kampung-kampung pendalaman di Perak. Semoga ibadah qurban kita diterima Allah SWT.

























Friday, October 7, 2011

Bantuan Sek Keb PPRT Lembah Subang

 Pengetua Sekolah Kebangsaan PPRT Lembah Subang mohon bantuan dari mana-mana pihak yang sudi memberi sedikit sumbangan untuk menggantikan carpet di surau pelajar yang telah digunakan semenjak sekolah dibuka 7 tahun lepas.
Pengetua tersebut telah beberapa kali memohon dari orang ramai dan dari pihak PIBG tetapi sehingga kini masih tidak ada yang sudi membantu. Sekolah ini menempatkan ramai pelajar miskin yang keluarga mereka tinggal di flat PPRT berhampiran. Kepada tuan/puan yang sudi membantu mereka boleh hubungi saya segera. Anggaran budget Rm5k. (sila rujuk artikel bantuan carpet Kg Temelung di Lenggong Perak tahun 2010)
Semoga amal jariah kita akan bersama kita setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini.   

carpet yang perlu diganti, walaupun kelihatan cantik dalam gambar
tetapi tidak



Tuesday, October 4, 2011

Jamuan Bersama Penduduk Kg Chepo

 





pemandangan diatas jambatan
menuju Kg Chepo
  Alhamdulillah jamuan bersama fakir miskin dari Kg Chepo, Luat, Bkt Sapi telah diadakan pada 2/10/2011 bertempat di Surau Bkt Belapik Chepo Lenggong. Sebenarnya jamuan ini bagi meraikan penduduk kampung dalam bulan Syawal tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami tidak dapat kesana pada bulan syawal maka ianya dibuat dalam bulan Zulkaedah.
Syukur kepada Allah SWT dengan izinNya kami dapat meraikan penduduk kampung. Kepada semua Hamba Allah yang telah menyumbang saya sebagai pengasas blog ini mengucapkan syukran jazilan semoga Allah SWT membalas jasa baik semua yang terlibat dalam Misi Bantuan ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Cik Uji dari Lembah Keramat diatas sumbangan beliau 250 cup cakes yang beliau buat sendiri dengan hajat supaya dapat diberi pada kanak-kanak disana. Sumbangan hamper juga diberi pada keluarga miskin yang mempunyai anak ramai, semoga dapat memberi keceriaan kepada mereka dengan sumbangan yang tidak seberapa.
Bantuan juga telah disampaikan pada 7 orang balu tentera yang tinggal di Taiping, saya telah mewakilkan En Saidi wakil dari Kg Chepo untuk menyampaikan sumbangan tersebut (gambar-gambar akan diupload later, insyaAllah saya akan lawati mereka dalam waktu terdekat).
Semoga kita semua mendapat rahmat dan diberkati
Allah SWT.   
   
jambatan merintangi sungai Perak
 
penduduk bergotong royong memasak

muslimin sedang memotong daging lembu

surau Bkt Belapik tempat jamuan
diadakan

kanak-kanak beratur mengambil cup
kek sumbangan Cik Uji dari Lembah
Keramat

nasyid dari kanak-kanak Kg Chepo

para jemputan


sumbangan untuk penduduk

muslimat gotong royong basuh pinggan

sup tulang

salah seorang muelimat menerima sumbangan


Add caption


Add caption


Add caption


Add caption

warga emas yang uzur sedang makan
hidangan yang dihantar kerumah mereka

sumbangan untuk 2 warga emas yang uzur



sumbangan diserahkan kepada wakil Kg Chepo
untuk diserahkan kepada 7 balu tentera di Taiping