Sunday, January 11, 2009

Misi Bantuan Peralatan Sekolah Di Larut Perak

Misi Bantuan kali ini pada 25/12/08 di Bagan Serai Perak. Alhamdulillah misi kali ini kami dapat mengagihkan barang keperluan sekolah saperti uniform, kasut, beg dan set buku kepada 100 kanak-kanak dari peringkat umur 7 hingga 12 tahun. Semua keperluan sekolah ini dapat dibe;i dari kedai S.M. Al Yafie Bagan Serai Perak. Selain dari itu kami juga membeli kopiah untuk setiap seorang kanak-kanak lelaki dan juga driver dan pembantu driver sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Sebanyak 10 buah kereta dan 4 van telah digunakan untuk mengangkut kanak-kanak dari beberapa kampung di sekitar Kawasan Larut Perak.
Pada keesokan hari (26/12/08) kami membeli peralatan menulis untuk diagihkan pada kanak-kanak tersebut. Saya bagi pihak semua fakir miskin di kawasan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang prihatin. Semoga usaha tuan/puan semua mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar yang telah diambil semasa misi tersebut.








Pada keesokan hari (26/12/08) kami mengagihkan
alat-alat tulis untuk diberi kepada mereka.













Setelah solat mereka dibawa ke Restoran berdekatan
makan malam sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing.













Setelah selesai mereka berkumpul di Masjid ...berdekatan untuk diagihkan kepada mereka beg sekolah dan satu set buku amali solat dan doa. Apabila masuk waktu maghrib, mereka menunaikan solat berjemaah.









kanak-kanak bergambar didepan Masjid Jamek Bagan Serai






Didalam kedai sedang mengukur baju dan kasut.







Kanak-kanak sedang beratur menunggu giliran untuk mengambil baju
baju uniform dan kasut sekolah.