Wednesday, April 20, 2022

IFTAR RAMADHAN 1443H

Alhamdulillah , juadah berbuka puasa telah disediakan oleh beberapa penduduk PPRT Kg Sangkut Ijok Perak, untuk diedarkan kepada 30 keluarga di kampung tersebut bermula dari 2 Ramadhan. Pelbagai juadah telah disediakan oleh penduduk disitu ie. bubur lambuk, bubur kacang, bubur caca, mee goreng, bihun goreng, mee kari dan nasi lemak.
Admin mengalu-alukan sumbangan dari semua yang sudi menginfak bagi menyediakan juadah berbuka kepada golongan asnaf yang tinggal di kampung ini sehingga akhir Ramadhan InsyaAllah. Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun yang tertera diatas.
Jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberi sumbangan, semoga Allah swt merahmati kalian semua dibulan yang mulia ini.
"Barang siapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala saperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu" (HR Nasa'i dan Tirmidzi)