Thursday, January 29, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Kuala Krai (Misi 2)

 Alhamdulillah pada 24/1/2015 (misi 2) kami sampai ke Kg Kuala Nal / Kg Hau Kuala Krai, dapat menghulurkan sedikit bantuan yang diperlukan saperti hamparan toto, selimut, set periuk, kelengkapan dapur dll. Selain itu kami dapat melihat sendiri kesan dari banjir besar yang berlaku disana yang merupakan daerah yang kedua terburuk. Semoga semua penduduk yang terjejas diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi musibah ini.
Kepada semua sukarelawan perlu beristiqomah menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Kerja-kerja amal ini harus berterusan kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan keadaaan mereka,  InsyaAllah.
Kepada penderma  yang sudi menghulurkan sumbangan,  jutaan terima kasih diucapkan semoga Allah SWT memberkati usaha murni kalian semua.
rumah  En Wan Azmi (ayah mi) tenggelam ke paras bumbung


kesan dan baju yang masih berada diatas bumbung

salah sebuah rumah yang telah hanyut penghuninya terpaksa
tinggal dengan berbumbungkan plastik dan berdinding zink





kesan ketinggian air banjir pada pokok ini
    





 




























hanya tinggal tangga 



antara barang bantuan yang dibawa untuk penduduk kampung
Kuala Nal 


isteri ayah mi puan Aisyah wakil kami
yang akan mengagihkan barang bantuan kepada
penduduk sekitar

kesan kemusnahan di pondok2 warga emas di Pondok Sg Durian  











 
bantuan untuk warga emas yang tinggal disini

bersama Cikgu Jan (wakil di Lenggong) bersama suami Abg Sufian
dan salah seorang Ustaz yang menjaga pelajar2 tahfiz di Pondok ini


Di Pondok Sg Durian Kuala Krai  (Ust Basit)





ustaz terpaksa membina rumah baru bersebelahan rumah lama
 yang rosak akibat banjir dan terpaksa dirobohkan sebab
terlalu banyak lumpur berada diatas ceiling rumah
Kg Kuala Nal