Sunday, July 28, 2013

Iftar & Bantuan Anak Yatim & Penduduk Miskin Kg Sg Simpol Ijok Perak

Alhamdulillah bantuan barang keperluan harian dan zakat telah disampaikan kepada satu keluarga susah yang tinggal di Lahad Ipoh Perak dalam perjalanan kami ke Ijok Perak.  Suami En. Zamani tinggal bersama isteri (Mariam) dan 6 anak, sulong 20 tahun dan bongsu 2 tahun. Tinggal dirumah sewa yang agak daif. Kepada sesiapa yang sudi ingin membantu keluarga ini boleh hubungi admin.
Bantuan juga diberi  kepada 30 keluarga miskin dan 15 anak-anak yatim di Ijok.  Majlis Iftar juga diadakan bersama penduduk miskin di Surau Nurul Falah Kg Sg Simpol Ijok ini pada 26/7/2013 bersamaan 17 Ramdhan iaitu pada hari Nuzul Quran. Bantuan diberi berupa beras, minyak masak, gula,susu, milo, kopi, teh, tepung dll.
Kepada semua penyumbang ribuan terima kasih diucapkan semoga Allah swt membalas segala jasa baik kalian dan semoga tuan/puan diberkati Allah swt.













sumbangan telah disampaikan oleh Ust Tajuddin










salah seorang anak yatim menerima hamper dan duit raya

tandas yang telah siap dan telah digunakan
oleh jemaah surau ini
















goodies dan duit raya untuk kanak-kanak