Tuesday, November 23, 2010

Qurban 1431H

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT Qurban 1431H telah pun selesai dan semua daging-daging tersebut telah diagihkan kepada penduduk-penduduk kampung saperti yang tersenarai pada artikel sebelum ini.

Syukur kepada Allah SWT kita telah mencapai target sebenar agihan daging qurban iaitu kepada penduduk kampung yang benar-benar tidak mampu merasa menu daging setiap hari.
134 keluarga dari Kg Temelung dan 134 keluarga juga dari Kg Chepo yang telah mendapat agihan daging lembu tersebut. Lebihan dari daging dan tulang penduduk kampung telah bergotong royong memasak untuk kenduri doa selamat disebelah malamnya.
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah menyertai Ibadah Qurban 1431H ini semoga Qurban kalian semua diterima Allah SWT.
(Saya mohon maaf gambar-gambar qurban yang dibuat ditempat lain (sila rujuk artikel terdahulu nama tempat) tidak dapat disiarkan kerana wakil-wakil dikawasan tersebut tidak mengirim gambar-gambar qurban disana)

Saya dan keluarga hanya berkesempatan berada di dua kampung saperti gambar dibawah pada hari Raya Qurban (17/11/10). Saya berharap pada tahun-tahun akan datang Ibadah Qurban saperti ini dapat diteruskan. Semoga usaha murni kita diberkati Allah SWT.
(sekadar ini yang dapat saya siarkan maaf jika ada sebarang kekurangan dari segi berita atau gambar. Tuan puan juga boleh lawati rangkaian blog kerjasama antara sahabat-sahabat kami di Ummiku Sayang Charity Team , Sanggarsuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/ dan De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/)
----------------------------------------------------------------

Gambar-gambar dibawah qurban yang diadakan
di Surau Kg Sembok Kg Chepo Lenggong Perak


daging yang telah dipotong
dan akan diagihkan kepada
penduduk kmpg




















Lembu 3
Lembu 4










surau Kg Bkt Belapik
























dibahagian bawah surau









penduduk gotong royong
memasak daging untuk
kenduri doa selamat pada
sebelah malam nanti










----------------------------------------------------------

Gambar-gambar dibawah qurban yang diadakan
di Kg Temelung Lenggong Perak


bersama Cikgu Jan melihat
salah seorang Imam di
Kg Temelung memasak daging
kambing



















sup tulang










khemah tempat gotong
royong









Lembu 1

Lembu 2







daging diletak diatas pacuan
4 x 4 untuk diagihkan ke
penduduk kampung









daging yang telah siap dibungkus









salah seorang penduduk kmpg
sedang menyembelih lembu qurban