Monday, September 18, 2023

BANTUAN KEPERLUAN DAPUR

Alhamdulillah, bantuan barang-barang dapur untuk keluarga miskin di Klien Gunung Ijok Perak dan Lawin Lenggong telah diagihkan pada 5/9/2023. Masih ramai yang sangat mengharapkan bantuan, tapi dana tidak mencukupi untuk memberi bantuan kepada semua disana, sebaiknya kita memberi bantuan makanan kepada mereka budget Rm100 p/keluarga inshaAllah mencukupi untuk sebulan atau lebih. Sumbangan zakat juga diberi kepada 1 keluarga yang kedua-dua suami dan isteri sakit.
Kepada tuan/puan yang sudi menghulurkan sumbangan amatlah dialu-alukan untuk mereka yang susah di kampung pendalaman samada dalam bentuk wang ringgit atau barang keperluan harian, bolehlah berhubung dengan Badan Amal ini di talian saperti tertera diatas.
Semoga Allah swt permudahkan kita semua sentiasa dapat membantu mereka inshaAllah.
Semoga Allah swt membalas dengan ganjaran yang besar kepada semua penderma yang telah menginfakkan sedikit dari harta mereka dalam misi kali ini. 
 


Wakil dari Klien Gunung Ijok
menyampaikan bantuan kepada salah
seorang penduduk



















Bersama Cikgu Isa wakil di Lenggong (baju biru)







isteri mengidap kanser (tahap 3) dan suami
 dialysis, tanggungan 4 org masih kecil. Sumbangan 
wang zakat juga disampaikan kepada mereka bagi
meringankan beban perbelanjaan.

Ini lah keluarga dikhabarkan makan roti dan biskut
kerana tiada wang untuk membeli beras














Wakil Lenggong Cikgu Isa membawa kami minum
setelah selesai agihan di gerai kopi usahawan muda
 di Lawin Lenggong

 

BANTUAN PA SYSTEM SURAU

Sumbangan PA system untuk Surau Kg Teras Ijok Perak telah disampaikan pada AJK surau tersebut sebelum hari raya haji 2023. Alhamdulillah telah pun dipasang dapat digunakan semasa solat hari  Raya Qurban yang lepas. Jutaan terima kasih kepada penyumbang yang telah menginfak untuk membeli pa system tersebut. Semoga Allah swt memberi ganjaran pahala kepada para penyumbang dan dimurahkan dengan rezeki yang melimpah ruah. 

Keadaan surau sangat daif, semoga ada hamba Allah yang sudi membantu menaik taraf surau ini menjadi lebih selesa untuk penduduk kampung InshaAllah...











kawasan luar surau

mimbar