Lawatan kedua buah rumah fakir miskin yang terletak di Kg Redang Panjang Batu Kurau Perak.
Setelah selesai bantuan diberi pada pelajar di Lenggong dalam perjalan ke rumah En Jamauddin untuk bantuan seterusnya kami singgah di kedua-dua rumah tersebut. Kami sempat menghulurkan bantuan berupa wang tunai, barangan dapur saperti beras, gula, susu, milo, kopi, teh, tepung dll.
Kedua-dua keluarga ini menyewa dirumah kepunyaan seorang cina yang simpati dengan mereka. Sewa bulanan mereka sebanyak RM35. Mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan.
Pak Yatim tinggal bersama isteri dan seorang anak lelaki yang sudah dewasa berkerja di kampung berpendapatan RM300 sebulan, manakala Pak Yatim menjual kacang sebagai pendapatan sampingan.
Bersebelahan dengan rumah Pak Yatim adalah ibu tua yang buta mempunyai 2 orang anak OKU. Tidak ada apa-apa pendapatan kecuali dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan simpati orang ramai. Lihatlah keadaan rumah mereka bumbung zink yang bocor, keadaan bilik air yang sangat daif. Sila lawati blog http://www.jamalhassim.blogspot.com/ bantuan sewa untuk 6 bulan telah dibayar untuk kedua-dua keluarga tersebut.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi saya di talian 019-2224474.
keadaan luar rumah
kedua-dua keluarga
tersebut
memberi sedikit bantuan
kepada isteri pak yatim yang
uzur dan sakit
keadaan dalam rumah
pak yatim
dapur rumah
pak yatim dan bilik air
membawa sedikit
bantuan barangan
dapur untuk keluarga
pak yatim
pak yatim dan ahli
keluarga