Monday, August 16, 2010

Sumbangan Al-Quran & Speaker Masjid Nur Al Hidayah

Alhamdulillah selain Al-Quran dan P.A System, Masjid ini juga telah mendapat sumbangan horn speaker yang akan dipasang diatas bumbung masjid. (gambar masjid dapat dilihat dalam tajuk Bantuan ke Lenngong dan Baling). Speaker telah dihantar pada 28/8/10.

Al-Quran juga telah di hadiahkan kepada Masjid Nur Al-Hidayah Kg Temelung Lenggong Perak. Di kampung-kampung solat sunat tarawikh imam hanya membaca surah-surah lazim dari Juzuk Amma. Tidak ada perubahan dan peningkatan kepada penduduk kampung, berbeza kita yang tinggal di bandar. Salah satu sebabnya mungkin mereka tidak ada dana untuk membayar seorang imam tahfiz dari mana-mana Maahad. Menurut kata mereka selama ini setiap kali bulan Ramadan solat tarawikh imam akan membaca surah-surah pendek sahaja.
Alhamdulillah dana yang terkumpul tempoh hari masih ada, saya terus membeli Al-Quran ini (saperti dalam gambar) dan menghantarnya pada 12/8/2010. En Safuan wakil dari Lenggong bertemu dengan saya di Tol Ampang Ipoh dan menyerah Al-Quran itu pada beliau iaitu hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah malam itu juga mereka telah dapat menggunakan Al-Quran tersebut. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT diatas segala perancangan Nya hanya Dia Yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Sekiranya Dia tidak membuka pintu hati kita (hanya segolongan kecil di kalangan umat Muhammad SAW) kita juga tidak akan dapat mencapai apa yang kita lakukan sekarang ini.
Saya juga bersyukur dengan pertolongan semua hamba Allah yang sama-sama menyumbang kepada masjid Nur Al- Hidayah ini. Keadaan penduduk disana yang kebanyakannya daif, mereka tidak dapat memberi bantuan saperti mana kita semua, semoga Allah merahmati dan memberkati apa yang kita usahakan ini.












size Al-Quran 42cm panjang
dan 32cm lebar