Sunday, June 21, 2009

Aqiqah Dan Qurban

Program Mensyukuri Nikmat Kurnia Ilahi bersama umat Islam di

Malaysia , Thailand , Kemboja dan Filipina

Program ini anjuran bersama Masjid Subang Airport. Kepada individu atau syarikat yang ingin menunaikan ibadah tersebut, pihak ajk masjid mengalu-alukan sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menunaikan Aqiqah kepada ahli keluarga bolehlah berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menghubungi nombor-nombor talian yang tertera dibawah.

Tujuan program ini diadakan ialah bagi memastikan daging (Qurban) diagihkan kepada orang-orang yang benar-benar layak menerimanya. Juga dengan daging sembelihan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin yang hanya dapat merasa daging lembu/kambing sekali setahun( semasa Hari Raya Qurban)

Harga lembu dan kambing berlainan diantara negara yang terlibat (RM250 - RM350 untuk lembu) dan (RM360 - RM500 untuk kambing)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ust. Razak - 019-2797558 / Ust. Ali - 019-2639700 atau
Ustz. Siti - 019-2224474

"Anak lelaki disembelih dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkan para sahabat agar menyembelih Aqiqah untuk anak lelaki 2 ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing". (Riwayat At-Tarmizi)

Kepada yang sudi untuk menyertai Program Qurban juga dialu-alukan dan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan nombor yang tertera diatas.

Semoga ibadah Aqiqah & Qurban kita diterima disisi Allah S.W.T.