Tuesday, March 8, 2022

BANTUAN BANJIR DI KUALA BERANG

 Alhamdulillah, bantuan barang dan cash telah disampaikan pada 3 keluarga yang terjejas dengan musibah banjir yang berlaku di Kg Batu 24 Kuala Berang pada 5/3/2022. Walaupun dengan dana yang sedikit tapi kami masih dapat membantu meringankan sedikit beban yang mereka tanggung. 

Jutaan terima kasih kepada penderma yang sudi memberi sedikit sumbangan kepada keluarga-keluarga ini, semoga Allah swt memberi ganjaran yang besar di sisiNYA.

Jika ada yang sudi menginfak, kami masih memerlukan lagi bantal, selimut, toto, tikar, barang eletrik, baju tshirt/seluar baru untuk di beri kepada beberapa lagi keluarga yang tinggal di kampung tersebut. Kami dapat menyampaikan apa yang termampu kepada 3 keluarga ini. Kepada yang sudi menghulurkan bantuan sila ctc admin saperti tertera diatas.








banjir hingga paras grill tingkap

barang-barang yang rosak

kedua-dua rumah ini juga dimasuki air banjir hingga paras
 ceiling bawah

bekas paras air di tingkap


















buat sementara waktu semua ahli keluarga tinggal di tingkat atas