Alhamdulillah bantuan telah disampaikan pada 27 Syaaban. Seramai 50 keluarga dari kampung PPRT Kg Sangkut, Kg Bendang Luas dan Kg Sg Simpul telah menerima bantuan berupa beras fidyah, barang barang dapur dan juga buah kurma.
Kampung2 ini telah menjadi kampung angkat kepada Badan Amal Al Jauhar semenjak 2008 oleh kerana penduduk disini dalam golongan fakir miskin yang perlu dibantu. Rata-rata pendapat mereka disini sekitar bawah Rm1500.
Jutaan terima kasih kepada individu yang sudi menginfak, semoga Allah swt memberi ganjaran besar disisi NYA. Semoga penderma semua diberi kesihatan yg baik, murah rezeki dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.