Saturday, October 15, 2011

Ibadah Qurban 1431H

Alhamdulillah, setakat hari ini 4/11/11 8 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada penduduk kampung di sekitar Lenggong, Kg Bkt Belapit 3 (ekor) , Kg Luat (1 ekor), Kg Bkt Sapi (1 ekor), Kg Bonggol Batu (1 ekor), Kg Tok Ngah Parit Buntar (1 ekor) dan di Kota Belud Sabah (1 ekor).

----------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah, setakat ini 5 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada 3 kampung iaitu Kg Bukit Belapit (3 ekor / penduduk ramai), Kg Luat (1 ekor) dan Kg Tok Ngah (1 ekor). Masih ada yang bertanya dan ingin menyertai ibadah qurban pada kali ini. InsyaAllah qurban masih diterima sebanyak mungkin untuk diagihkan ke kampung-kampung pendalaman termasuk di Sabah.
----------------------------------------------

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk menunaikan Ibadah Qurban 1431H. InsyaAllah pada tahun ini saperti biasa Misi Qurban dari Badan Kebajikan Al Jauhar akan bersama penduduk kampung-kampung akan melaksanakan ibadah ini. Antara kampung-kampung yang telah dikenal pasti bagi melakukan ibadah ini ialah Kg Temelung, Kg Chepo, Kg Luat, Kg Bkt Sapi dan Kg Bkt Belapik kesemua kampung-kampung ini terletak di daerah Lenggong Perak dan juga di Kg Tok Ngah, Kg Raja Basah yang teletak di daerah Parit Buntar Perak.
Satu bahagian lembu Rm350 dan jika kambing seekor Rm650 (ini termasuk kos pengangkutan, peralatan dan jamuan untuk penduduk kampung).

Selain di Malaysia Misi Qurban ini juga diadakan di Wilayah Cham yang terletak di Kemboja yang mana banyak kampung-kampung penduduk fakir miskin disana. Kampung-kampung ini terletak dibeberapa buah pulau disepanjang Sg Mekong. Perjalanan dari Phnom Penh ke kampung-kampung ini sejauh260km mengambil masa selama 4 jam yang mana hampir 2 jam kena menaiki sampan untuk sampai ke perkampungan ini. Setiap pulau ada sebanyak 400 buah rumah. Rumah-rumah mereka dibuat dengan kayu buloh yang boleh didapati dihutan. Disini mereka hanya hanya dapat merasa makan daging setahun sekali.
Misi Kembara Qurban yang terdiri dari jemaah-jemaah Masjid Subang Aiport yang diketuai oleh Bilal masjid Airport iaitu Saudara Razak. Mereka akan berlepas kesana pada 5Nov - 13Nov 2011. Ibadah Qurban di Kemboja ini dilaksanakan semenjak 7 tahun yang lepas. Mereka akan membawa semua baju terpakai dan lain-lain barang keperluan selain kutipan untuk membeli lembu disana. Harga satu bahagian lembu Rm250 dan Rm450 seekor kambing.

Kami menyeru kepada semua yang prihatin dengan nasib fakir miskin samada di negara ini atau di luar sana marilah kita melakukan ibadah ini dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT dan melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin dengan memberi daging qurban kita niatkan itu kepada yang benar-benar layak menerimanya.
Selain itu  bntuan beras juga amat diperlukan buat masa ini disana kerana bekalan beras mereka terputus oleh sebab banjir besar di negara Thailand. Harga seguni beras seberat 50kg Rm130 boleh diagihkan kepada setiap keluarga sebanyak 5kg.
Oleh itu tuan/puan yang berhajat untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini , boleh menghubungi di talian 019-2224474 atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap, sila sms atau email nama penuh dan jumlah.
Sila ke artikel 2008-2010 dimana ibadah qurban pernah dibuat di kampung-kampung pendalaman di Perak. Semoga ibadah qurban kita diterima Allah SWT.