Friday, April 26, 2019

BANTUAN CARPET MASJID WARISAN

Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar sekali lagi dapat membantu Masjid Warisan di Kg Temerlong Lenggong Perak dengan carpet baru menggantikan carpet yang telah dipasang pada 14/9/2010 (sila lihat artikel 2010) . Setelah hampir 10 tahun AJK dan penduduk menggunakan carpet tersebut dan kini perlu diganti dengan carpet baru, berkat bantuan sumbangan hamba-hamba Allah pada waktu itu yang sudi menginfak maka carpet tersebut dapat bertahan hingga kini. Oleh kerana masih elok carpet yang baru itu akan dibentangkan diatas carpet lama. Wakil dari Lenggong bersama Ajk Masjid bertemu di R & R Tapah untuk mengambil carpet-carpet tersebut pada 29/4/2019.
Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi memberi sumbangan carpet yang dulu dan yang terkini,  jika ada penderma yang telah kembali ke rahmatullah maka bahagialah kalian semua disana yang telah menginfak kepada masjid ini, semoga amal jariah ini menghapuskan dosa-dosa kalian dengan izinNYA.

carpet baru dibentang diatas carpet lama yang masih boleh digunakan



AJK Masjid Warisan 








carpet telah dipasang sehari sebelum Ramadhan

Ajk Masjid Warisan Kg Temelong Lenggong Perak 

penghantaran kali kedua di kawasan rehat Tol Kuala Kangsar
pada 30/4/2019  




wakil dari Lenggong Cikgu Jan dan suami Abg Safuan












minuman koko juga diserahkan kepada wakil Lenggong
untuk jemaah berbuka puasa di masjid pada bulan ramadhan nanti

masih perlukan carpet tambahan

Cikgu Jan dan AJK masjid wakil dari Lenggong menerima carpet
kami bertemu di R&R Tapah


BANTUAN FAKIR MISKIN IJOK PERAK / LEMBAH SUBANG

Alhamdulillah misi bantuan bulanan untuk penduduk miskin PPRT Kg Sangkut , Kg Sg Simpol di Ijok Perak juga untuk PPRT Lembah Subang KL, telah disempurnakan pada 2/3/2019. Seramai 50 keluarga keseluruhan nya telah menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur.

 Bagi pihak Badan Amal Al Jauhar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang sudi menginfak kepada mereka yang daif. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA.