Friday, April 3, 2020

BANTUAN ASNAF-ASNAF COVID19 (part 1)

Alhamdulillah bantuan makanan keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga asnaf golongan miskin dan fakir miskin pada 22 /3/2020. Bantuan ini dibuat kerana membantu keluarga2
asnaf yang tidak dapat mencari nafkah buat masa ini disebabkan penguatkuasaan PKP. Bantuan akan disalurkan kepada golongan miskin bandar dan fakir miskin di kampung pendalaman inshaAllah. 
Wakil Badan Amal Al Jauhar yang tinggal di Ijok Perak telah membantu membuat agihan kepada penduduk kampung2 berikut : Kg Sangkut dan Kg Sg Simpol 40 keluarga. Kg Klien Gunung dan Kg Sg Jernih 20 keluarga dan 12 keluarga dari Kg Masjid, Kg Kota Raja Bersiong dan Kg Bukit Kulim.
Kepada yang sudi menginfak boleh bank in terus ke akaun saperti tertera diatas. Dana masih  diperlukan untuk bantuan seterusnya pada 2 minggu akan datang inshaAllah.
Jutaan terima kasih kepada yg telah sudi menginfak untuk keluarga-keluarga berkenaan,  Semoga amal jariah yang di infakkan ini mendapat ganjaran di sisi ALLAH SWT. 









       
                                                                   
                                                               
Pada 2/4/2020 bantuan makanan keperluan asas juga telah diagihkan kepada 20 keluarga di Kg Klien Gunung Ijok Perak (gambar bawah)






















Pada hari ini 3/4/2020 seramai 12 keluarga lagi menerima bantuan makanan keperluan asas diagihkan di sekitar Kg Masjid , Kg Kota Raja Bersiong dan Kg Bukit Kulim, semuanya di Ijok Perak