Monday, November 23, 2020

BANTUAN MAKANAN COVID KE 7

Alhamdulillah ,  bantuan makanan untuk asnaf Kg Sangkut PPRT Ijok Perak telah diedarkan kepada 28 keluarga yang tinggal di kampung tersebut pada 18/11/2020. Ini adalah kali ke 7 bantuan covid telah di edarkan kepada penduduk-penduduk kampung yang ke semua dalam golongan fakir miskin luar bandar. Wakil Badan Amal Puan Nor dari kampung tersebut telah bersama membantu mengagihkan barang makanan kepada penduduk kampung tersebut. 
Tuan/puan yang sudi untuk berinfak boleh bank in terus ke akaun saperti tertera diatas. InshaAllah bantuan sumbangan akan disampaikan kepada golongan asnaf di Ijok Perak.
Kepada tuan/puan yang telah menyumbang, bagi pihak penduduk kampung mereka mengucapkan jutaan terima kasih semoga tuan/puan diberkati Allah swt dunia akhirat.  


























 

Thursday, November 5, 2020

BANTUAN BARANG HARDWARE DAN REPAIR LANTAI REPUT

Alhamdulillah sebuah lagi rumah asnaf di Kg Sangkut PPRT di Ijok Perak telah dibaiki lantainya kerana lantai lama sudah mula reput dan bahaya kepada penghuni rumah tersebut. 
Buat masa ini bilik air masih dalam pembinaan, rumah ini tidak ada bilik oleh itu tuan rumah merayu jika ada yang sudi membantu untuk membina bilik tidur dengan mengguna plywood dan kayu juga perlu awning depan pintu agar tidak tempias.
Kepada yang sudi membantu boleh lah bank in ke akaun Badan Amal Al Jauhar saperti tertera diatas inshaAllah. 
Semoga semua amal jariah kita diterima Allah swt dan semoga Allah swt memberi ganjaran pada sesiapa jua yang sudi menginfak dan menjadi saham akhirat kita inshaAllah.
















bilik air yang masih dalam pembinaan





simen dan pasir tambahan
untuk siapkan lantai






keadaan lantai rumah yg reput


rumah asal 



















                   batu bata yang dinaikkan ke paras lantai
kayu asal (petak merah) manakala (circle hijau) 
keadaan bilik air yang tidak berpintu perlu dibaiki hanya 
ditutup dengan plastik 
 
keadaan bilik air yang zink telah reput perlu
dinaikkan batu bata dan pintu.