Tuesday, June 14, 2016

BANTUAN ASNAF PPRT DAMANSARA DAMAI




300 KELUARGA MISKIN DI DAMANSARA DAMAI, SELANGOR
*Update Selasa 14 Jun 2016*
Syukur alhamdulillah kami amat bersyukur dan berterimakasih kepada tuan-puan yang dermawan dan prihatin, berkat sumbangan ikhlas kalian, inshaAllah kutipan derma cukup untuk 100 keluarga. Jumlah keluarga yang memerlukan bantuan adalah 300.
InshaAllah, kami sedang mengusahakan agihan bantuan kepada 100 keluarga yang pertama pada Ahad 19 Jun 2016 10 pagi dengan kerjasama Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin.
Terima kasih di atas sumbangan tuan-puan, kami mohon sumbangan diteruskan agar target untuk memberi bantuan pada 200 keluarga lagi akan dipermudahkan.
BarakAllahufikum 
*******************************
Assalamualaykum warahmatullah.
Saya, Norlinar dan Puan Siti Fadzilah dari Badan Amal Aljauhar (aljauhar2.blogspot.com) telah bertemu dengan Puan Aishah binti Abdul Rahman yang merupakan Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai pada Ahad 12 Jun 2016 untuk mendapatkan maklumat tentang 300 keluarga miskin di kawasan Damansara Damai.
300 keluarga miskin yang dimaksudkan adalah keluarga yang mendiami flat kos rendah yang menghadapi pelbagai masalah antaranya:
1. Isteri kematian suami dan menanggung anak-anak
2. Ibubapa yang meninggalkan anak-anak di atas desakan hidup. Maka anak-anak ini hidup dengan belas ihsan masyarakat sekeliling.
3. Keluarga yang miskin tegar di mana ada kes anak2 tak bersekolah kerana ibubapa tak mampu membeli kasut sekolah atau memberi duit belanja kantin.
4. Isteri dan anak2 yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab.
Mereka kebanyakannya tinggal di kelompok flat Prima, Lestari, Idaman, Saujana dan Harmoni.
Rata-rata pendapatan isi rumah mereka adalah di bawah RM2,000 dan dengan kos hidup yang semakin tinggi, hidup mereka dicengkam kemiskinan sehingga pihak masjid sering menerima permintaan untuk diberikan makanan.
Untuk makluman tuan-puan, kami diberitahu bahawa Damansara Damai mempunyai penerima zakat yang paling ramai, dan 300 keluarga miskin yang diberi perhatian ini adalah dikategorikan sebagai asnaf.
Puan Aishah binti Abdul Rahman selaku Ketua Muslimat Masjid Al-Muhtadin bersedia memberikan kerjasama dalam menggerakkan tim masjid untuk menyaring keluarga dan juga memastikan bantuan sampai kepada keluarga2 ini. Ahli jawatankuasa Masjid tiada masalah untuk bersama membantu cuma pihaknya kekurangan dana.
Di dalam perbincangan semalam, kami bersetuju untuk mencari dana dan mengusahakan misi bantuan makanan asas dan target date untuk menyampaikan bantuan ini adalah *Sabtu 18 Jun*. Setiap keluarga disasarkan menerima bantuan makanan bernilai RM100 yang terdiri dari:
1. Beras 10kg
2. Gula 2kg
3. Garam
4. Minyak Masak 3kg
5. Kordial
6. Tepung gandum
7. Biskut
8. Telur
9. Teh/kopi/milo
10. Ikan bilis/kering
11. Mihun
12. Barang penjagaan diri (sabun, shampu, ubat gigi, tuala wanita)
Bantuan makanan asas ini akan menelan belanja RM30,000.
Dan pihak masjid juga merancang untuk mengusahakan tajaan baju raya untuk 100 keluarga miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM300 setiap keluarga berjumlah RM30,000.
Secara keseluruhannya, bantuan makanan asas dan baju baru ini dijangka menelan kos RM60,000.
Dengan yang demikian, saya dengan berbesar hati mengajak individu dan badan amal agar bersama membantu dari segi sumbangan wang tunai untuk menjayakan usaha di atas.
Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke Badan Amal Aljauhar (aljauhar2.blogspot.com)
*akaun Maybank 5620 8558 1017* (Aljauhar Enterprise)
dan untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi
1. Pn. Siti Fadzilah binti Abdul Manap (0192224474)
2. Pn. Norlinar Shamsuddin (0192283511)
*untuk sumbangan pindahan online, sila sebutkan _Dsara Damai_ di ruang "reference field" untuk memudahkan tracking.
Terima kasih di atas sifat prihatin dan dermawan tuan-puan semoga amal jariah dan kebajikan kita semua diterima dan diberkati Yang Maha Esa.
* gambar hiasan Masjid Al Muhtadin Damansara Damai