Thursday, May 7, 2009

Misi Bantuan Ke Kawasan Larut Perak Ke3

Alhamdulillah misi kali ini berjaya dengan kehadiran ramai kakitangan dari Telekom Malaysia yang bertempat di Bangunan TM Bangsar dan disertai juga kakitangan dari TM Perak. Diharap misi sebegini tidak berakhir disini sahaja jika di izinkan Allah misi-misi bantuan perlu di panjangkan dimana-mana jua jika terdapat miskin tegar yang masih ada dibumi Malaysia. Allah S.W.T berfirman berkali-kali didalam Kitab SuciNya 'hanya segolongan kecil dari mereka' yang mendapat petunjuk dariNya. Semoga kita termasuk golongan yang kecil yang dimaksudkan oleh Allah yang sentiasa prihatin atas nasib mereka yang malang.
Setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan JazakAllah Khairan Kathiran kepada semua kakitangan TM dan sukarelawan kampung yang sama-sama menjayakan program ini dengan baik dan lancar dengan izin Allah S.W.T.








Bergambar kenangan setelah
misi bantuan berakhir di Batu Kurau Perak.


Salah seorang
wakil dari TM
sedang
menyampaikan
sumbangan.


Majlis diadakan disalah sebuah surau yag terletak di pekan Batu Kurau.


Ucapan aluan dari
pengerusi majlis
yang mewakili
penduduk disitu.







Selepas berakhir penyampaian disini kami terus beredar ke Batu Kurau Perak untuk menemui 6 keluarga miskin tegar di sana. Antara gambar-gambar yang sempat diambil. (gambar atas)

Gambar menunjukkan sebahagian dari penerima sumbangan dari golongan miskin tegar yang tinggal di ijok.








Kelihatan Ustaz Zul dari TM sedang menyampaikan sumbangan
kepada penduduk dan salah seorangnya adalah OKU.












Seorang warga emas yang mendapat sumbangan.



























Selain dari makanan dan barangan dapur pihak TM juga telah membawa 2
van berisi baju-baju terpakai untuk diagihkan kepada penduduk kampung.








Rombongan beredar dan terus menuju ke Ijok untuk majlis penyampaian sumbangan yang akan diadakan dirumah ketua kampung disana. Semua yang hadir disitu dtelah dijamu dengan jamuan tengahari yang sedap ala kampung. Selepas solat zohor majlis penyampaian diadakan bertempat di rumah ketua kampung di Ijok. Sila lihat antara gambar-gambar yang sempat dirakam.

Antara rumah-rumah yang dilawati di Selama Perak.


Masih ada penghuni yang menduduki rumah sebegini di Selama Perak.










Kelihatan rombongan muslimat berada di salah sebuah rumah yang
menerima sumbangan.




























Pengurus Besar TM Perak sedang menyampaikan
sedikit cenderahati kepada Pengetua Pondok
sambil diperhati oleh Ustaz Zulkifli yang juga wakil TM
Bangsar KL.



Singgah di Pondok Tahfiz ........ Selama Perak



















Pengurus Besar dari Perak berbaju putih berserta rombongan.










Rombongan yang mengikuti Misi ini berkumpul di hadapan stesen minyak Petronas Selama sebelum memulakan lawatan rumah ke rumah disekitar Selama, Kubu Gajah dah Ijok Perak.

























Barang-barang dapur yang telah dibeli dari Giant Kemunting pada hari Jumaat (8/5/09) sebelum dibawa ke Pusat Khidmat Selama untuk diagihkan. Antara barangan nya ialah beras, gula, tepung, minyak, biskut, milo, kopi, teh, susu dan lain-lain barang keperluan dapur.











Alhamdulillah Misi Bantuan kali ini akan ditaja oleh Yayasan Telekom bertempat di Menara TM Bangsar yang akan diketuai oleh Puan Sharifah. Seramai 50 orang akan turut serta didalam rombongan ini termasuk kakitangan TM dari Taiping Perak. Wakil dari Selama Perak iaitu En. Razali akan menguruskan persiapan di 3 lokasi yang telah dipersetujui untuk lawatan tersebut. Tempat-tempat tersebut iaitu Selama , Kubu Gajah dan Ijok. Majlis penyampaian wang tunai dan barangan dapur akan diadakan di Surau Ijok. Seramai 40 keluarga termiskin telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan tersebut.