Dalam usaha menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadhan serta menyantuni golongan yang memerlukan, satu Program Sumbangan Buah Kurma telah dilaksanakan pada 15 Feb 2026 hasil sokongan dan sumbangan para penderma yang prihatin. Program ini bertujuan untuk mengagih buah kurma kepada golongan asnaf-asnaf kampung pendalaman sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kampung-kampung yang menerima sumbangan ie. Kg Sangkut PPRT , Kg Sg Simpol, Kg Bendang Luas Ijok Perak, juga di Taman Lela Kemunting.
Walau bagaimana pun sambutan yang diterima pada peringkat awal tidak begitu memberansangkan. Namun begitu, pihak penganjur tetap berusaha meneruskan program ini dengan komitmen agar bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasaran yang memerlukan. Program ini diadakan dengan tujuan yang sangat jelas iaitu untuk memastikan golongan asnaf yang kurang kemampuan menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih sempurna. namun hakikatnya usaha saperti ini amat bergantung kepada keprihatinan dan kemurahan hati para penderma.
Seterusnya pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H, satu Program Iftar Nasi Arab telah dianjurkan bagi meraikan golongan asnaf-asnaf di kampung pendalaman yang sama. Program ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati juadah berbuka puasa yang istimewa. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyumbang dalam menjayakan kedua-dua program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
Diharapkan usaha kebajikan saperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan. Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT
 |
| Agihan Kg Sg Simpol |
 |
| Surau Al Falah Kg Sg Simpol |
 |
| di surau Kg Sangkut PPRT |
 |
| baju-baju terpakai |
 |
| baju-baju terpakai yang cantik juga dibawa kesana |
 |
| Abg Pian wakil Kg Bendang Luas |
 |
wakil di Taman Lela Kemunting untuk jiran terdekat shj |
 |
Hjh Nab wakil Surau Ismail Kharofa Port Klang |
Dibawah adalah gambar-gambar agihan nasi arab.
 |
Mak Long wakil Kg Sg Simpol

|

 |
| Kuih-kuih juga diberi sebagai juadah berbuka puasa |
 |
| delivery |
 |
| Abg Pian dan kak Saleha wakil di Kg Bendang Luas |
Air minuman untuk surau dan masjid 10 malam terakhir
No comments:
Post a Comment