Sunday, January 16, 2011

Misi Bantuan Penduduk Pangsapuri Vista Subang

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT bantuan dapat disampaikan kepada beberapa penduduk sekitar pangsapuri Vista Subang. Majlis diadakan di Surau Nurul Huda Vista Subang pada 16/1/2011. Antara yang menerima bantuan ialah ibu tunggal yang kematian suami dan penduduk yang berpendapatan bawah RM1500.00 sebulan.
Bantuan kali ini adalah anjuran Ummiku Sayang Charity Group, Badan Kebajikan TM Bangsar dan Puan Elly dari Sanggarsuri Blog. Mereka telah mengadakan jualan jumble sale bagi mengutip dana untuk membantu penduduk disini.
Bantuan ini sepatutnya disampaikan kepada mereka pada bulan Dec lepas untuk bantuan Back to School tetapi oleh kerana dana tidak mencukupi jadi bantuan ini ditangguhkan hingga ke hari dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setiap keluarga menerima RM100 bagi menampung mungkin ada yuran sekolah yang masih belum dibayar, selain itu mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan harian saperti beras, minyak, tepung, susu dll.
Semua pemduduk yang telah menerima bantuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang terutamanya Puan Lily dari Ummiku Sayang Charity Group, semua aktivis Badan Kebajikan TM Bangsar dan Puan Elly dari Sanggarsuri blog, tidak lupa juga kepada Cik Uji dari Wangsa Maju yang telah menyumbang cup cakes nya dan Puan Akma yang telah menyediakan goodies bag kepada penduduk tersebut.
Kepada Ibu yang telah mendapatkan senarai penerima bantuan dan telah menyediakan jamuan dan tempat diucapkan jutaan terima kasih diatas usaha beliau. Tidak lupa juga kepada Pengerusi Surau Nurul Huda yang telah mengizinkan program ini diadakan disitu.
Semoga usaha kita semua yang terlibat didalam misi kali ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT sihatkan tubuh badan dan panjangkan umur kita agar kita dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan sebegini sehingga akhir hayat.
(InsyaAllah next will be Kg Memali Baling Kedah)


bergambar selepas menerima
bantuan



















Puan Zaleha dari TM Bangsar
sedang menyampaikan
sumbangan pada penduduk


















group TM








bersarapan dahulu
sebelum majlis dimulakan










sebahagian muslimat
yang akan menerima
bantuan
































No comments: