Monday, December 21, 2009

Bantuan Baju Terpakai ke Baling Kedah

Pada 9/7/2010 sekali lagi lori telah mengangkut baju-baju terpakai dan barang elektrikal ke Baling Kedah. Ada juga yang telah menyumbang peti sejuk dan perabot. Tetapi malangnya masih ada diantara kita yang tidak bertanggung jawab menghantar barang lusuh atau baju lusuh yang boleh dikategorikan sebagai bahan buangan masih dihantar disini. Diharap pada masa-masa akan datang supaya mendapat kerjasama dari semua agar barang atau baju yang hendak diderma biarlah yang masih elok dan sempurna.
Hanya Allah S.W.T dapat memberi ganjaran kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas.













Pada 12/12/09 yang lalu lori yang membawa baju-baju terpakai telah menghantar baju-baju tersebut ke Baling Kedah untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang kebanyakan nya terdiri dari fakir miskin. Menurut driver lori baju-baju ini akan menjadi rebutan sebaik sahaja lori sampai disana dan adakala nya penduduk terus memakai baju-baju tersebut.
Aktiviti ini telah bermula semenjak 2007 yang mana setiap 2 bulan sekali lori akan datang untuk mengumpul baju-baju terpakai yang akan dibawa ke Baling Kedah. InsyaAllah aktiviti ini akan berlanjutan selagi mana ada permintaan untuk membawa baju-baju terpakai kesana. Bagi pihak aljauhar kami mohon agar apa jua barangan yang akan disedekahkan biarlah ianya dalan keadaan baik dan boleh digunakan dan jangan jadikan aktiviti ini dijadikan sebagai 'tempat pembuangan sampah kerana untuk membersih rumah kita'. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai, Allah Maha Melihat apa jua yang kita kerjakan dengan seikhlas hati. Semoga kita semua mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.


Lori yang membawa
baju-baju terpakai ke
Baling Kedah

semua bungkusan
diangkat naik ke
dalam lori





Baju-baju terpakai di
kumpul didalam dewan
MBSA Desa Subang Permai









Tuesday, December 8, 2009

Maahad Tahfiz Darul Hikmah

Alamat :

Maahad Tahfiz Darul Hikmah
Lot 2404, Lorong 3
Kg Merbau Sempak Tambahan
Bt. 18, Jalan Kuala Selangor
Sg Buloh, Selangor.

Pengetua : Puan Rozieyta binti Ghazali

Tarikh dibuka : 1/1/2006 – pelajar perempuan sahaja seramai 16 orang
2008 – pelajar bertambah ke 35 orang
2009 – pelajar bertambah ke 45 orang (kebanyakan anak-anak orang miskin)
Yuran bulanan : RM150
Tenaga Pengajar – 3 orang guru tahfiz yang berkelayakan dengan gaji RM600 seorang
Guru Bahasa Arab – 3 kali seminggu dengan bayaran RM50 setiap kehadiran
Guru Fadhu Ain – 3 kali seminggu dengan bayaran RM300 sebulan.

Maahad ini memerlukan dana secepat mungkin untuk membesarkan ruang-ruang yang sudah tidak muat untuk menampung 45 orang pelajar. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan. Setakat ini dana yang telah disalurkan sebanyak RM7,524.00 untuk pembinaan 2bilik air dan 2 tandas serta tile, upah pemasangan tile.

Jazakallah khairan kathiran kepada semua penderma yang sudi membantu, semoga Allah S.W.T limpahkan rahmat dan keberkatan kepada kalian.


keadaan asrama sebelum
ini seramai 25 pelajar



tempat menghafal ini
ini akan dijadikan asrama
untuk menampung 40
pelajar sekarang ini



keadaan bumbung
yang tidak bersiling
di tempat hafalan




kawasan dapur
ini memerlukan tile
supaya nampak
lebih bersih



bilik guru dalam
pembinaan yang
hampir siap




2 bilik air dan 2 tandas
yang telah siap








keadaan bilik air
sebelum dibaiki






surau yang perlu dana
untuk dibaiki



keadaan dalam
surau




permandangan
luar kawasan maahad

Dana Uniform Sekolah

Kutipan dana untuk projek kembali ke sekolah bersama-sama http://eksekutifsuri.com/ . Saperti tahun-tahun lepas projek kali ini diharap akan mendapat sambutan dari tuan/puan dan diharap sumbangan kali ini bertambah dari tahun lepas (insyaAllah). Tahun 2008 Alhamdulillah kami dapat membeli pakaian seragam untuk 100 pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin di Selama, Kubu Gajah dan Ijok Perak. Kami ingin menjemput pihak tuan/ puan untuk bekerjasama agar lebih banyak dana boleh dikumpul membolehkan lebih banyak rumah anak yatim & fakir miskin yang boleh dibantu. Anggaran perbelanjaan untuk 2 pasang baju, kasut & beg sekolah RM120 seorang.

Cadangan rumah anak yatim & fakir miskin yang akan dibantu dan senarainya saperti dibawah.
Rumah persendirian:
1. Opah & 12 cucu, Bukit Kuda, KlangNo. Tel: 03-33432397
2. Anak yatim & Miskin sekitar Batu Kurau & Selama, Perak
3. Anak Yatim & Fakir Miskin Pangsapuri Rebana, KlangNo Tel: Pn Rozita 0163232554 (pengantara)
Rumah Anak Yatim:
1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, RawangNo.Tel: 012-375144 (Pn Nadia)
2. Rumah Titian Ashraful Rohaniah,Teluk IntanNo.Tel: 013-4550013( Pn Rohana)
3. Kompleks Haluan Penyayang, KlangNo Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)

Semoga Usaha kita ini dipermudahkan Allah. Amin

Friday, December 4, 2009

Rendang Daging Qurban

Projek sumbangan rendang daging Qurban telah dihantar ke Kampung Redang Panjang pada 3/12/09 dan telah diagihkan kepada fakir miskin. Rendang yang siap dimasak dan di pack telah diserah kepada wakil penduduk Redang Panjang En. Jamaludin yang kebetulan berada di Putrajaya. Dalam perjalanan pulang beliau telah singgah untuk mengambil rendang di Desa Subang Permai Shah Alam.
Jutaan terima kasih kepada tuan rumah Puan Maznah yang sudi memberi ruang rumahnya untuk bergotong royong menyiapkan rendang tersebut.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang iaitu Pengerusi Masjid Bukit Jelutong yang sudi menyumbang sebanyak 30kg daging berserta tulang, En. Halizan yang menyumbang sebanyak 20kg, Dr Rashidah 10kg, Puan Naimahtun, Puan Azizah masing-masing 1kg. Jumlah keseluruhan sebanyak 62kg daging lembu telah diproses pada hari Rabu 2/12/09 dan dimasak pada pagi hari Khamis 3/12/09 dan selamat sampai di kampung Redang Panjang dan diagihkan pada malam itu juga.
InsyaAllah aktiviti ini akan dijadikan program kebajikan tahunan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Jamaluddin wakil penduduk kampung yang telah membawa dan mengagihkan daging rendang pada penduduk kampung.







































Ibadah Korban 1430H

Ibadah Qurban di kampung Redang Panjang Batu Kurau Perak juga diadakan pada hari raya pertama (27/11/09). Saperti tahun lepas kami sekeluarga sekali lagi beraya dan solat Raya Aidil Adha disalah sebuah masjid di Selama Perak. Selepas solat raya kami terus ke kampung Redang Panjang untuk melihat lembu-lembu yang akan dikorbankan.
Alhamdulillah kami dapat kumpulkan sebanyak 3 ekor lembu untuk diagihkan kepada fakir miskin disini.
Untuk pengetahuan semua ibadah korban dan penyembelihan ini julung-julung kali diadakan dikampung ini dan semua penduduk kampung sangat terharu dengan sumbangan yang telah mereka terima dan berharap di tahun-tahun akan datang kita dapat menyumbang lagi kepada mereka.
Ribuan terima kasih kepada En Jamaluddin wakil penduduk kampung yang telah mengatur dan sebagai penyelaras program ibadah Qurban dengan baik dan lancar. Tidak lupa juga kepada tuan rumah Paksu Ta yang telah mengizinkan kami mengguna laman rumah beliau, dan sekelian penduduk kampung yang sama-sama bergotong royong. Semoga Allah S.W.T memberkati kalian semua.
Syukur kepada Allah S.W.T dengan izinNya dan Jutaan Terima Kasih kepada Pengerusi dan semua AJK Surau Al-Hakim Subang Bestari yang sudi menyumbang 2 ekor lembu bagi pihak peserta Qurban ke kampung Redang Panjang. Juga Jutaan Terima Kasih kepada Ustaz Ahmad Tajudin dari Kuala Kangsar, Puan Norasma, En. Mohd Esa dan Puan Suriliza. Semoga Ibadah Qurban kalian diterima disisi Allah S.W.T.


wakil penduduk En. Jamaluddin

berbaju Melayu


daging sedang diagihkan kepada
penduduk kampung









perut lembu sedang diproses didalam sungai
berhampiran tempat penyembelihan








kawasan
penyembelihan








































Muslimat gotong royong
memasak







Ibadah Qurban ini diadakan pada hari raya pertama (27/11/09) di Madrasah Nur As-Salam Selama Perak. Alhamdulillah 1 ekor lembu untuk di korbankan dan 3 ekor kambing sebagai nazar dan aqiqah dapat disumbangkan ke sini dan dapat dibahagikan kepada fakir miskin setempat. Manakala 3 ekor kambing telah dimasak iaitu dipanggang dan dijamu kepada fakir miskin disini. Madrasah ini juga telah mendapat 5 ekor lembu melalui Ustaz Mahizam.
Kami sekeluarga sampai di madrasah ini selepas solat Jumaat dan tidak sempat merakamkan gambar-gambar korban yang telah diadakan disebelah pagi. Menurut Ustaz Mahizam Pengetua Madrasah ini daging lembu telah diagihkan sebelah pagi kepada penduduk setempat.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang Puan Siti Khadijah Ismail, Siti Nur Nadeerah, En. Imran Ghazali, Hjh Kalsom Aziz, Hj Said Yahya, Ustzh Rodiah dan En. Mazlan.
Penyumbang kambing Datin Norliyati dan En. Ghazali Mohamed.


Kerja-kerja memanggang kambing
dilakukan oleh muslimin setempat






Daging kambing yang telah dibersihkan
dan menunggu untuk dipanggang




















daging kambing sedang
panggang