Wednesday, February 10, 2010

Bantuan Susu Ibu Tunggal Mualaf

Bantuan susu untuk anak-anak ibu tunggal yang ditinggal suami sejak 2006. Beliau Puan Nur Atikah Mar Pha bt Abdullah. Beliau mempunyai 3 orang anak kesemuanya lelaki yang sulung 11 tahun, kedua 7 tahun dan bongsu 3 tahun.
Berasal dari Seri Aman Serawak, sebelum ini menganut ugama Kristian. Beliau tinggal bersama-sama tiga anaknya dan enggan kembali ke Serawak kerana saudara mara disana masih berugama Kristian, takut akidah anak-anaknya tergugat walaupun untuk beberapa hari.
Beliau berpegang teguh dengan ugama Islam walaupun telah ditinggalkan suami sejak 3 tahun lepas.
Beliau mengambil upah menjahit baju dan menjual keropok dan kudap2 kepada budak-budak sekolah, untuk menampung keperluan hidup.
Beliau kini menetap di rumah sewanya (RM350 sebulan) Lot 3591-1C Kg Melayu Subang, Shah Alam.
Beliau amat berterima kasih kepada, terutamanya Puan Elly , suami En. Nizam dari blog eksekutifsuri.com , Ummiku Sayang dll. yang berusaha mendapatkan bantuan dan sumbangan dari orang ramai semata-mata untuk menyalurkan bantuan susu tersebut kepada mereka-mereka yang daif. Maklum balas dari beliau susu jenama Raudhah ini sangat sesuai untuk anak-anaknya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh hubungi 019-2224474 atau terus ke alamat tersebut diatas.