Saturday, April 18, 2026

REPAIR LANTAI RUMAH ASNAF IJOK PERAK


Ahamdulillah bagi pihak Badan Amal ini , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan bantuan dalam kerja-kerja membaiki lantai rumah Puan Rosidah. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dan telah banyak meringankan beban yang keluarga ini hadapi. Puan Rosidah yang tinggal bersama 4 orang anak remaja, tanpa suami, berkerja sebagai cleaner. 

Dana yang diperolehi tidak banyak, hanya cukup sekadar memberi sedikit keselesaan kepada keluarga ini dengan membaiki lantai yang telah reput dan menyiapkan bilik salinan untuk mereka 5 beranak. 

Dengan bantuan ini, keadaan rumah Puan Rosidah kini lebih selamat dan selesa untuk didiami. Keprihatinan serta usaha yang ditunjukkan bukan sahaja membantu dari segi fizikal, malah turut memberi semangat dan harapan kepada mereka sekeluarga.

Beliau amat menghargai segala bentuk sokongan, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahupun masa yang telah dicurahkan. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Sekali lagi, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat. Semoga diberkati Allah SWT.


Rumah asal


tiang juga reput

   
keadaan lantai kayu sudah reput





     




  



  



  



   




    




  



  




  





 



sekatan untuk bilik 
                 
                                                                                         



tiada apa-apa perabot baju-baju hanya disusun
atas lantai



  
                                                                                              



  



 



   



   




pintu belakang


  
               


  




pintu depan
  
               


  




keadaan setelah siap
                      



bumbung zink yang bocor tidak dapat dibaiki
sebab tidak ada dana, tukang cuma menampal dengan gam
untuk sementara waktu
                                                     










 





















































































































Friday, March 13, 2026

PROGRAM SUMBANGAN BUAH KURMA DAN IFTAR NASI ARAB SEMPENA RAMADHAN

Dalam usaha menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadhan serta menyantuni golongan yang memerlukan, satu Program Sumbangan Buah Kurma telah dilaksanakan pada 15 Feb 2026 hasil sokongan dan sumbangan para penderma yang prihatin. Program ini bertujuan untuk mengagih buah kurma kepada golongan asnaf-asnaf kampung pendalaman sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Kampung-kampung yang menerima sumbangan ie. Kg Sangkut PPRT , Kg Sg Simpol, Kg Bendang Luas Ijok Perak, juga di Taman Lela Kemunting. 

Walau bagaimana pun sambutan yang diterima pada peringkat awal tidak begitu memberansangkan. Namun begitu, pihak penganjur tetap berusaha meneruskan program ini dengan komitmen agar bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasaran yang memerlukan. Program ini diadakan dengan tujuan yang sangat jelas iaitu untuk memastikan golongan asnaf yang kurang kemampuan menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih sempurna. namun hakikatnya usaha saperti ini amat bergantung kepada keprihatinan dan kemurahan hati para penderma. 

Seterusnya pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H, satu Program Iftar Nasi Arab telah dianjurkan bagi meraikan golongan asnaf-asnaf di kampung pendalaman yang sama. Program ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati juadah berbuka puasa yang istimewa. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyumbang dalam menjayakan kedua-dua program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Diharapkan usaha kebajikan saperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan. Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT






Agihan Kg Sg Simpol


Surau Al Falah Kg Sg Simpol






di surau Kg Sangkut PPRT

baju-baju terpakai

























baju-baju terpakai yang cantik juga dibawa kesana 












Abg Pian wakil Kg Bendang Luas


wakil di Taman Lela Kemunting untuk jiran 
terdekat shj



Hjh Nab wakil Surau Ismail Kharofa 
Port Klang



Dibawah adalah gambar-gambar agihan nasi arab.








Mak Long wakil Kg Sg Simpol


















Kuih-kuih juga diberi sebagai juadah berbuka puasa



















delivery





Abg Pian dan kak Saleha wakil di Kg Bendang Luas



Air minuman untuk surau dan masjid 10 malam terakhir