Saturday, September 2, 2017

QURBAN 1438H

Syukur Alhamdulillah ,  qurban 1438H telah selesai dibuat di beberapa buah kampung di sekitar Perak  iaitu Kg Sg Betul, Kg Sg Betul Atas, Kg Tok Ngah, Kg Sg Labu dan Kg Kuala Bagan Tiang (rumah PPRT) semua kampung ini terletak di Parit Buntar (3 ekor). Manakala di Ijok (2 ekor) Perak Kg Sangkut (PPRT) dan Kg Sg Simpol. Semua penduduk di kampung tersebut telah menerima agihan daging lembu. Manakala di Kemboja sebanyak 3 ekor telah dikorbankan disana. 
Semoga semua yang telah menyertai ibadah korban 1438H mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT dan semoga ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT akan lebih bertambah.
Jadikan amalan korban ini sebagai ibadah kita setiap tahun dimana kita perlu 'renew roadtax' kenderaan kita di Padang Mahsyar nanti. WaAllahu'alam.


lembu yang di sembelih di slah satu kampung di Parit Buntar









 Lembu-lembu yang dikorbankan di Kemboja (dibawah)


                                                




Lembu yang telah dikorbankan di Kg Sg Simpol(dibawah)




jamuan tengah hari di Surau Al Falah Sg Simpol selepas sembelihan 


lembu korban di Kg Sangkut (PPRT)