Sunday, March 20, 2011

Misi Baling 2

Apabila kami melawat rumah-rumah (saperti gambar bawah) perasaan serba salah kerana kami tidak dapat menolong lebih dari apa yang kami bawa pada hari itu. InsyaAllah jika ada dana yang masih diterima untuk misi ini kami akan kembali kesana untuk membantu apa jua yang dapat diberikan jika pemberian itu dapat meringankan beban mereka. Masih ramai orang-orang kaya di bandar yang tidak tahu akan keadaan sebenar di pendalaman betapa ramai orang-orang kampung yang hidup didalam kedaifan. Kebanyakan wang zakat mereka diserahkan kepada Pusat Zakat kerana mereka lebih percaya kepada Pusat tersebut tetapi entah kemana wang-wang tersebut dibelanjakan, jika mereka mengagihkan dengan betul kami tidak akan bertemu dengan penduduk yang daif begini. Salah sebuah rumah yang kami lawati, peti ais nya sudah lapuk tidak dapat digunakan lagi, terdetik dihati untuk memberi peti ais baru tetapi kata Cikgu Non (wakil di Baling) mereka tidak akan mampu untuk membayar bil letrik lebih baik mereka dalam keadaan sedia ada. Manakala rumah yang satu lagi akan melangsungkan perkahwinan anak gadis mereka tetapi lihat bagaimana keadaan rumah mereka di kala saat begitu memang tidak dapat digambarkan didalam fikiran kita pada hari perkahwinan itu diadakan. Cuma beras fidyah sebanyak 4 kampit (10kg) dapat diberikan bagi meringankan beban ahli keluarga tersebut. Saya menyeru kepada semua yang membuka blog ini lihatlah betapa ramai orang-orang di pendalaman di kampung-kampung yang masih susah yang memerlukan bantuan kita semua. Jangan kita menunding jari ke arah sesiapa, tanyalah diri kita sendiri apa yang dapat kita buat untuk menolong mereka. Renungi beberapa Hadis petikan dari Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Bab Bersedekah dan bacalah seterunya didalam kitab tersebut. Rasulullah SAW bersabda :- "Ditanya sedekah yang manakah yang lebih utama? jawabnya : Yang terbanyak, kamu tidak akan dapat mencapai bakti yang benar-benar sehingga mengorbankan apa yang kamu suka. Ditanya jika tidak mempunyai? Dijawab : Kelebihan harta. Ditanya jika tidak mempunyai? jawabnya : kelebihan makanan, Ditanya jika tidak mempunyai? jawabnya : Membantu dengan kekuatan tenaganya, ditanya jika tidak dapat? jawabnya : Menjaga diri dari api neraka walau dengan sedekah separuh dari sebiji kurma". "Tiada terbit matahari melainkan disampingnya ada dua malaikat yang berseru, Hai manusia segeralah kamu menuju kepada Tuhanmu, maka yang sedikit mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melupakan. Dua malaikat itu berseru : Ya Allah berikan kepada orang yang membelanjakan hartanya ganti, dan segerakan bagi orang yang kikir (bakhil) terhadap hartanya itu binasa". "Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari pergaulan manusia, dekat dari api neraka. Dan orang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada syurga, dekat dari manusia, jauh dari api neraka". "Jika datang seseorang minta-minta maka jangan kamu putus permintaannya sehingga selesai permintaannya, kemudian kamu jawab dengan sopan dan lunak, dengan memberi sedikit atau penolakan yang baik, sebab adakalanya yang datang kepadamu itu bukan manusia dan bukan jin hanya sekadar menguji kamu, sebagaimana kamu berbuat terhadap nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepadamu". Rumah-rumah yang kami lawati dan menghantar bantuan kepada penghuni disini pada hari Ahad 6/3/11 (maaf gambar dan ayat tidak dapat disusun dengan baik) rumah sorang warga emas tinggal bersendirian ini juga seorang warga emas tinggal sendirian, anak-anak jarang menjenguk


Ungku Maziah dan Puan Elly


bergambar bersama ibu pengantin

keadaan dalam rumah Bilik pengantin yang masih tidak berkatil, tilam tersandar didinding




penghuni rumah ini akan mengahwinkan

anak perempuan pada 12/3/11 seminggu

dari tarikh kami berada disitu. lihat keadaan

rumah yang belum siap di plaster, tiada bantuan

untuk menyiapkan rumah tersebut segera



























barang untuk diagihkan pada 4 rumah yang

akan dilawati sebelum menghantar bantuan












kami berehat sebentar di kolam

air panas Leggong pada pagi Ahad