Sunday, April 24, 2011

Bantuan set pelajar Maahad Al Taufiqiah Behrang







Alhamdulillah keseluruhan bantuan yang diberi 75 set kerusi meja pelajar, 3 meja dan kerusi guru baru, 1 meja dan 2 kerusi eksekutif terpakai, 3 whiteboard dan lain-lain barang saperti tong sampah, penyapu, peralatan menulis whiteboard. Semua peralatan tersebut telah dihantar pada 22/4/2011.

Buat masa ini dana diperlukan lagi untuk membeli dan pasang partition antara kelas room ting. 4 & 5 dan juga memasang tingkap kaca naco. Sila lihat gambar dibawah pihak sekolah terpaksa mengguna meja ping pong untuk menghadang diantara 2 kelas room tersebut. Sila lihat tingkap2 yang tidak bercermin.

Kepada individu atau syarikat yang sudi menghulurkan bantuan sila ctc 019-2224474 dengan segera. Semoga setiap amal jariah kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.




kelas form 4









kelas form 5










2 kelas room yang tidak

ada partition














kerusi lama yang

diguna dalam kelas sebelum ini








pelajar yang masih

guna kerusi meja lama
di kelas room ting.3









meja kerusi guru yang

masih diguna pada waktu

ini lihatlah keadaannya








lihat kerusi guru yang

sudah lusuh






kelas room yang baru

dan lama










rangka meja baru

yang belum dipasang

ust syed bersama

salah seorang

penderma








kerusi meja guru baru











whiteboard baru


















sedang memasang

meja guru baru

































































Gotong Royong Rumah OKU

Kerja-kerja pembersihan telah selesai pada 17/5/11, fasa kedua repair work akan dijalankan setelah nama Puan Rohaya di register ke TNB, buat masa ni tunggakan TNB dari penghuni sebelum ini belum diselesaikan lagi. Pihak maintenance office kena berurusan dengan MBPJ sehingga selesai dalam waktu terdekat.
(gambar unit setelah dibersihkan dibawah)

-------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah and InsyaAllah unit ground floor yang dimohon oleh Puan Rohaya dalam perhatian pihak MBPJ dan akan mendapat kelulusan tidak lama lagi.
Tujuan kami memindahkan mereka atas sebab-sebab keselamatan sekiranya apa-apa berlaku pada OKU tersebut proses penghantaran ke hospital mudah.
Dan apabila mereka menginap di tingkat bawah Pn Rohaya boleh bawa Nashanida bersiar-siar di luar rumah dedahkan dia dengan fresh air supaya dengan izin Allah pertumbuhan fizikalnya kembali saperti biasa. Juga jiran beliau tidak lagi dapat memerah tenaganya dengan percuma.

Tetapi keadaan unit rumah tersebut sangat menyedihkan dengan kotoran sampah sarap. Unit ini perlu dibaiki secepat mungkin setelah mendapat kelulusan bagi mempercepatkan kerja memindah OKU tersebut. hampir keseluruhan unit rumah tersebut perlu di repair, kesemua pintu-pintu tidak boleh digunakan lagi juga tingkap, dinding, bilik air, wiring, piping dll.(sila lihat gambar dibawah).
Dana diperlukan secepat mungkin bagi menyiapkan unit rumah tersebut.
Selain itu kami juga akan mencari dana untuk membeli perabot baru untuk mereka kerana perabot yang ada di tingkat 15 kebanyakkan nya adalah bahan buangan dari jiran-jiran yang tidak bertanggung jawab. Kami tidak akan memindahkan barang-barang tersebut kerana sememangnya tidak boleh digunakan lagi.

Kepada sesiapa yang prihatin dengan masalan keluarga ini dan sudi menginfak sila ctc 019-2224474 atau boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 siti fadzilah abdul manap.



tilam yang lusuh
dihantar ke ting 15
rumah Pn Rohaya







dibawah ini adalah
gambar2 di unit bawah
di Blok D yang dlm proses
kelulusan MPPJ














selepas dibersihkan











sebelum dibersihkan

lantai bhgn dapur telah

dibersihkan







ruang tamu (sebelum)


selepas








bilik tidur

























---------------------------------------------------------------------

Gotong royong membersih rumah OKU di tunda sehingga mereka mendapat rumah di tingkat bawah. Opah dan Ibu akan membawa Puan Rohaya (ibu OKU) esok 25/4/2011 ke MPPJ menghantar borang permohonan. Mengikut kata Opah pihak MPPJ akan menempatkan mereka di Blok D tetapi belum confirm rumah yang mana.
InsyaAllah mereka akan berusaha untuk mendapat kelulusan secepat mungkin. Gotong royong membersih rumah baru akan di maklumkan kemudian.
Beberapa gambar yang kami ambil semasa lawatan pada 24/4/2011 bersama Puan Shima dan suami dari seksyen 7 Shah Alam. Mereka datang untuk sama-sama membantu mengemas rumah tersebut oleh kerana keluarga ini akan mendapat rumah bawah dalam waktu terdekat maka kami tunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Alhamdulillah kami dapat menyampaikan susu IMP (campuran kismis & kurma) yang berkhasiat kepada puan Rohaya semoga dengan memberi minum susu tersebut insyaAllah tubuh badan anaknya akan sihat dan berisi kembali. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang telah menyertai Dana Tabung Susu anjuran blog Sanggarsuri, tabung ini ditubuhkan oleh Puan Elly dari Sanggarsuri bagi membiayai susu kepada anak-anak keluarga miskin termasuk anak-anak OKU.
Kami mohon kepada semua penderma yang sudi membantu untuk mengumpul dana bagi membeli perabot baru untuk mereka. Semua barang-barang yang ada sudah lusuh.

Kami bercadang untuk membeli set katil, almari dan sedikit perabot rumah bagi menceriakan keluarga ini apabila mereka pindah ke tingkat bawah (ground floor), atau tuan /puan yang berhajat untuk memilih sendiri perabot-perabot tersebut juga dialu-alukan tetapi jangan terlalu besar sebab keadaan rumah yang sempit.

Kepada yang sudi menginfak boleh hubungi ditalian 019-2224474 atau bank in terus ke Maybank 112080512445.


membersih sedikit sampah
& pasir diatas lantai


































susu IMP supply

tiap-tiap bulan








puan shima, suami

ber t'shirt putih dan

anak-anak