Wednesday, December 29, 2021

BANTUAN MANGSA BANJIR

 Alhamdulillah kami telah melawat dan menyampaikan bantuan di beberapa daerah dan kawasan yang terjejas kerana bencana banjir. antara tempat yang kami lawati Temerloh, Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong. Kawasan ini semua yang terjejas teruk dengan selut/lumpur yang tebal dan masalah tiada air dan api untuk membantu mereka membersih rumah-rumah mereka. 

InshaAllah kami akan ke sana lagi untuk round kedua, kepada yang sudi menginfak atau memberi zakat kepada mereka yang terjejas amatlah di alu-alukan bagi meringankan beban yang mereka tanggung dengan musibah yang mereka hadapi. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank saperti yang tertera diatas. 

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari segala musibah.

























Bentong














Lanchang












Temerloh



Karak











Karak


Friday, December 24, 2021

BANTUAN MANGSA BANJIR SEKITAR SHAH ALAM

Kepada yang sudi membantu mereka-mereka yang terjejas dalam banjir besar baru-baru ini boleh membuat sumbangan ke akaun yang tertera saperti diatas.
Setakat ini hanya beberapa keluarga sahaja yang dapat diberi bantuan kewangan selain makanan, pakaian dan peralatan. 
Semoga Allah swt permudahkan kita semua dalam urusan bantuan untuk mangsa banjir.
Kepada yang telah menyumbang jutaan terima kasih diucapkan, semoga Allah swt beri ganjaran disisiNYA. 


















baju dan barang elektrik yg akan dibawa ke Lanchang
 
initiative dari AJK masjid An Nur Kg Subang
memudahkan mangsa banjir memilih baju mereka

dapur masjid Ara Damansara setiap hari supply lebih 
2 ribu bungkus sekitar kawasan banjir Shah Alam dan
Hulu Langat