Wednesday, September 19, 2012

Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi

Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi terletak di Batu Kurau Perak, Pengetua/Mudir Madrasah ini Tuan Guru Ustaz Hj Tajuddin Mad Jali. Madrasah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang didirikan untuk mendidik dan membimbing semua lapisan dan peringkat masyarakat tanpa mengira had umur serta kebolehan sesorang itu. 
Pusat pengajian ini berjalan atas konsep 'kewajiban', ini bermakna yang ianya tidak mempunyai elemen perniagaan terhadap ilmu dan kemahiran. Yang berpengetahuan wajib mengajar dan yang tidak berpegetahuan wajib belajar dan yang berharta wajiblah membantu. Pusat ini telah beroperasi semenjak 4 tahun yang lalu.
Yuran yang dikenakan kepada pelajar hanyalah Rm80 sebulan termasuk makan minum, penginapan dll. Pusat ini memerlukan kepada aset dan pendapatan tetap untuk menampung kos operasinya antaranya tabung makanan pelajar, penyediaan alat dan perkakas kursus kemahiran, kos untuk membekalkan bekalan air bersih, elektrik juga bil-bil, kos penghantaran pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Dana diperlukan bagi menampung pembinaan baik pulih yang telah dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar yang ramai.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 
Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin - 013-524 3010 / 017-213 8152
atau boleh infak terus ke 
Bank Islam - 08040010023732  - Madinatul Ilmi
Maybank - 158305262625  - Ahmad Tajuddin Mat Jali    


bahagian dalam yang belum diplaster

bahagian luar yang belum diplaster



siling diperlukan untuk menutup kayu-kayu atap dan haba panas waktu siang



No comments: