Sunday, December 18, 2011

Misi Bantuan Back 2 School 2012


setelah selesai, kami dijemput ke kenduri kahwin
staf dari TM yang berasal dari Kg
Temelung Lenggong
Alhamdulillah Misi Bantuan Back 2 School 2012 telah berjalan dengan lancar pada 15-16 Dec lepas. Misi kali ini dengan kerjasama dari Persatuan Kebajikan TM (BAKIT) berserta Badan Amal & Kebajikan Al Jauhar. Bantuan telah disampaikan kepada  45 keluarga miskin di Baling Kedah dan 70 keluarga miskin di Lenggong Perak.
berehat sebentar di rumah Ust Zuhdi di Kg
Tanjung Pari Baling


dihadapan rumah ust zuhdi, penduduk kampung
menunggu untuk menerima bantuan (Baling)

Baling

Baling

Baling

Baling


rumah ini didiami oleh dua orang warga tua
gambar bawah (Baling)


bergambar bersama Puan Fauziah Pengurus Besar
Kedah

Baling

Baling

Baling

pakcik ini selesa tinggal dirumahnya
lihat gambar diatas keadaan dalam
rumah beliau

mualaf di Kg Ketenga Baling



sewaktu sumbangn ini diberi waktu sudah hampir maghrib

rumah ini baru disiapkan selepas dipukul ribut
tidak ada apa yang tinggal (Baling)
Seramai 110 pelajar dari kampung-kampung sekitar Lenggong iaitu dari Kg Chepo / Ulu Chepo / Bkt Sapi / Luat dan Temelung telah menerima bantuan berupa pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, tudung (bagi pelajar perempuan) bag dan alat-alat tulis. Selain itu sumbangan berupa wang juga diberi kepada setiap keluarga miskin disana oleh pihak TM. Saya bagi pihak semua penduduk kampung mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan TM yang sudi menyumbang juga kepada semua para dermawan yang sama-sama menyumbang untuk misi kali ini dengan ucapan JazakAllah Khairan Kathiran hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa baik tuan/puan sekelian.
Kg Temelung Lenggong


di Masjid Warisan Kg Temelung, kami di
hidangkan dengan buahan tempatan sebelum
berangkat pulang


carpet sejadah dihadiahkan untuk Imam Tahir Masjid
Warisan Kg Temelung

 
rumah En Jawahir yang perlu dibaiki segera
Kg Temelung Lenggong

dibahagian dapur rumah En Jawahir


Kg Banggol Belimbing Lenggong

Kg Banggol Belimbing Lenggong

Add caption



rumah ini akan diduduki oleh keluarga lelaki
mualaf (gambar bawah)

perlu dibaiki segera (kg chepo lenggong)

keadaan bilik air yang tidak berdinding
perlu bantuan segera

seorang mualaf sedang menerima bantuan

penyampaian sumbangan telah diadakan dirumah
penduduk di Kg Bkt Sapi


pelajar dari Kg Bkt Sapi beratur menunggu
giliran menerima bantuan


kg bkt sapi

kg bkt sapi


pelajar ini telah mendapat keputusan 5A dalam
UPSR baru-baru ini


kg chepo ulu

seorang warga tua yang sakit tidak dapat
berjalan, selain wang kami juga memberi pampers
untuk kegunaan beliau

kg chepo ulu

Friday, November 11, 2011

Qurban 1431H









penduduk kg bkt belapit lenggong gotong royong
memotong lembu qurban
LEMBU 1 (KG BKT BELAPIT LENGGONG)


1. IZATUL LAILI JABAR
2. MARIAM JAMALUDIN
3 . AISYAH AHMAD FAUZI
4. RAHAYATI MOHAMAD RAIS
5. WAN MAZLINA WAN MOHAMED
6. HAMZAH AROF
7. RAZLYN ABDUL RAZAK

LEMBU 2 (KG BKT BELAPIT LENGGONG)

1. AHMAD NIZAM MOHAMAD
2. NORHAYATI BAHARUM
3. MOHAMED RIZALMAN MOHAMED NOOR
4. SHUHADA SHAMSUDDIN
5. HASWANI GHAZALI
6. MOHD RAHIMI ARIFIN
7. MUHAMMAD KAMIL AZMER MOHAMAD RAMLI

LEMBU 3 (KG LUAT LENGGONG)


1. MOHD HATTA DAGAP
2. ROZITA
3. SHARIZA
4. SOFIY SAKINAH SHARIZAL
5. SOFIY LUQMAN SHARIZAL
6. MENSOM MANSOR
7. CHE ESHAH SENIK


LEMBU 4 (KG LUAT LENGGONG)


1. HJ AHMAD SHUKRY BIN HJ ABU SEHAT
2. A'ADLY BIN HJ AHMAD SHUKRY
3. HJ ABU SEHAT BIN NGAH LEMPAM
4. HJH RAHMAH BT HJ NENGAH
5. ENSAH BT MAT PIAH
6. AHMAD BIN KANDA MAMAT
7. SYED ABD RANI BIN SYED JALADIN


LEMBU 5 (KG BKT SAPI LENGGONG)


1. HJ AHMAD HUSAINI SULAIMAN
2. NURLISA QISTINA MOHD TAIB
3. AHMAD ZULFADLI AHMAD HUSAINI
4. LINA ZAHRAH AHMAD HUSAINI
5. MOHAMMAD SUFFI AHMAD HUSAINI
6. AMIRUL HELMI AHMAD HUSAINI
7. SAID YAHYA


LEMBU 6 (KG TOK NGAH PARIT BUNTAR)

1. ZAMRI ABU BAKAR
2. NUR AZRA ABDULLAH
3. NADIA SYAFINAZ ZAMRI
4. FARAH SYAFIQAH ZAMRI
5. SAFIA NADZIRA ZAMRI
6. SITI SARAH ABD RAHIM
7. NURASYIKIN ISMAIL


LEMBU 7 (KG RAJA BASAH PARIT BUNTAR)


1. JAMIL BIDIN
2. SURINAM OTHMAN
3. AMIRUL FARHAN
4. CHE LIAH HJ AHMAD
5. CHE AMAH ABDUL HAMID
6. SALMIAH MD HASSAN
7. SALIM AHMAD


LEMBU 8 (KG PIANDANG PARIT BUNTAR)


1. JAMIL BIDIN
2. SURINAM OTHMAN
3. AMIRUL FARHAN
4. CHE LIAH HJ AHMAD
5. CHE AMAH ABDUL HAMID
6. SALMIAH MD HASSAN
7. SALIM AHMAD


LEMBU 9 ( KOTA BELUT SABAH)
1. PUAN FARIZAH (1 EKOR)


(2 bhgn) KG TEMELUNG LENGGONG
1. ZUHAILI ZAIN ZAINUDDIN
2. NURLISA QISTINA MOHD TAIB

Hari Raya Qurban 1431H telah pun berlalu dan lembu-lembu qurban juga telah selamat disembelih dan diagih kepada penduduk-penduduk kampung. Mohon maaf kerana terlewat menyiarkan gambar-gambar oleh kerana gambar-gambar dari beberapa kampung belum dihantar oleh wakil-wakil disana.
Alhamdulillah keseluruhan kami menerima 9 ekor lembu yang dapat diagihkan kepada penduduk kampung yang layak menerima daging qurban.
Kami hanya sempat hadir di dua kampung iaitu di Kg Bkt Belapit Lenggong dan Kg Raja Basah di Parit Buntar.
Manakala di Kg Luat dan Bkt Sapi Lenggong tidak sempat kami hadir semasa penyembelihan dibuat. Begitu juga di Kg Tok Ngah dan Kg Piandang di Parit Buntar. Diharap wakil-wakil disana dapat menghantar gambar-gambar penyembelihan. Senarai nama dan nama kampung tempat penyembelihan dibuat sila lihat diatas.
Hajat dihati ingin mendapat sebanyak mungkin lembu qurban sekurang-kurangnya 2-3 ekor setiap kampung sebab agihan pada penduduk limited ada kampung yang hanya dapat 1 kati timbangan sahaja bukannya dlm kilo







kami melawat kg luat lenggong, lembu qurban
telah disembelih dan diagihkan


ini pula lembu qurban di kg raja basah
parit buntar perak







oleh kerana hanya seekor lembu qurban
sahaja yang dapat diberi di kmpg ini
maka agihannya tidak sampai 1kg
untuk 1 keluarga

Monday, October 31, 2011

Carpet Baru Sek Ren Keb Lembah Subang


carpet lama sedang ditanggalkan
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sumbangan carpet baru untuk Sek Rendah Kebangsaan Lembah Subang akhirnya telah dipasang pada 31/10/11. Walaupun pada waktu itu sumbangan masih tidak mencukupi tetapi niat baik diteruskan dan Alhamdulillah setelah diwar-warkan ada hamba Allah yang tampil menawarkan bantuan.
Semoga pihak sekolah dan pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan saperti kuliah, pengajian Al Quran selain dari ibadah solat disurau ini.
Kepada semua para dermawan jutaan terima kasih diucapkan diatas keprihatinan tuan / puan membantu sekolah ini. Semoga  Allah SWT memberi ganjaran didunia dan diakhirat insyaAllah.     





kerja-kerja pembersihan carpet lama


pekerja sedang membentang carpet baru







dibilik Imam juga ditukar dengan carpet baru

Saturday, October 15, 2011

Ibadah Qurban 1431H

Alhamdulillah, setakat hari ini 4/11/11 8 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada penduduk kampung di sekitar Lenggong, Kg Bkt Belapit 3 (ekor) , Kg Luat (1 ekor), Kg Bkt Sapi (1 ekor), Kg Bonggol Batu (1 ekor), Kg Tok Ngah Parit Buntar (1 ekor) dan di Kota Belud Sabah (1 ekor).

----------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah, setakat ini 5 ekor lembu telah dapat diagihkan kepada 3 kampung iaitu Kg Bukit Belapit (3 ekor / penduduk ramai), Kg Luat (1 ekor) dan Kg Tok Ngah (1 ekor). Masih ada yang bertanya dan ingin menyertai ibadah qurban pada kali ini. InsyaAllah qurban masih diterima sebanyak mungkin untuk diagihkan ke kampung-kampung pendalaman termasuk di Sabah.
----------------------------------------------

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk menunaikan Ibadah Qurban 1431H. InsyaAllah pada tahun ini saperti biasa Misi Qurban dari Badan Kebajikan Al Jauhar akan bersama penduduk kampung-kampung akan melaksanakan ibadah ini. Antara kampung-kampung yang telah dikenal pasti bagi melakukan ibadah ini ialah Kg Temelung, Kg Chepo, Kg Luat, Kg Bkt Sapi dan Kg Bkt Belapik kesemua kampung-kampung ini terletak di daerah Lenggong Perak dan juga di Kg Tok Ngah, Kg Raja Basah yang teletak di daerah Parit Buntar Perak.
Satu bahagian lembu Rm350 dan jika kambing seekor Rm650 (ini termasuk kos pengangkutan, peralatan dan jamuan untuk penduduk kampung).

Selain di Malaysia Misi Qurban ini juga diadakan di Wilayah Cham yang terletak di Kemboja yang mana banyak kampung-kampung penduduk fakir miskin disana. Kampung-kampung ini terletak dibeberapa buah pulau disepanjang Sg Mekong. Perjalanan dari Phnom Penh ke kampung-kampung ini sejauh260km mengambil masa selama 4 jam yang mana hampir 2 jam kena menaiki sampan untuk sampai ke perkampungan ini. Setiap pulau ada sebanyak 400 buah rumah. Rumah-rumah mereka dibuat dengan kayu buloh yang boleh didapati dihutan. Disini mereka hanya hanya dapat merasa makan daging setahun sekali.
Misi Kembara Qurban yang terdiri dari jemaah-jemaah Masjid Subang Aiport yang diketuai oleh Bilal masjid Airport iaitu Saudara Razak. Mereka akan berlepas kesana pada 5Nov - 13Nov 2011. Ibadah Qurban di Kemboja ini dilaksanakan semenjak 7 tahun yang lepas. Mereka akan membawa semua baju terpakai dan lain-lain barang keperluan selain kutipan untuk membeli lembu disana. Harga satu bahagian lembu Rm250 dan Rm450 seekor kambing.

Kami menyeru kepada semua yang prihatin dengan nasib fakir miskin samada di negara ini atau di luar sana marilah kita melakukan ibadah ini dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT dan melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin dengan memberi daging qurban kita niatkan itu kepada yang benar-benar layak menerimanya.
Selain itu  bntuan beras juga amat diperlukan buat masa ini disana kerana bekalan beras mereka terputus oleh sebab banjir besar di negara Thailand. Harga seguni beras seberat 50kg Rm130 boleh diagihkan kepada setiap keluarga sebanyak 5kg.
Oleh itu tuan/puan yang berhajat untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini , boleh menghubungi di talian 019-2224474 atau boleh bank-in terus ke akaun Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap, sila sms atau email nama penuh dan jumlah.
Sila ke artikel 2008-2010 dimana ibadah qurban pernah dibuat di kampung-kampung pendalaman di Perak. Semoga ibadah qurban kita diterima Allah SWT.