Friday, June 7, 2024

KURSUS JENAZAH DAN BANTUAN ASNAF

 Alhamdulillah pada 2/6/2024 dua aktiviti telah diadakan di Ijok Perak , iaitu program kursus jenazah dan bantuan untuk asnaf sekitar Kuala Kangsar. Kursus Jenazah telah diadakan disebelah pagi di Surau Bendang Luas, seramai 30 orang peserta yang hadir dikalangan penduduk kampung (asnaf) sekitar kawasan tersebut. Tujuan kursus diadakan untuk memberi ilmu cara-cara pengurusan jenazah yang mudah dan pantas, selain itu untuk menyampaikan perkara-perkara khurafat yang perlu dihentikan, yang menjadi adat kepada penduduk kampung pendalaman yang masih dipraktikkan. 

Kursus ini telah diadakan secara percuma untuk penduduk kampung bagi menambah ilmu pengetahuan didalam bidang pengurusan jenazah. Jutaan terima kasih kepada yang sudi sponsor makan minum peserta juga nota-nota yang disediakan dan wakaf  kain kafan. Terima kasih kepada Abg Pian (pengerusi surau) dan sdr Johari (Bendahari) yang sama-sama menjayakan kursus tersebut. Kebanyakan surau dan masjid di kampung pendalaman tidak berkemampuan untuk mengadakan kursus sebegini kerana perlu perbelanjaan walaupun tidak banyak tetapi tabung yang tidak begitu memberansangkan untuk mereka (ajk) menganjurkan program-program untuk penduduk setempat. Oleh itu tuan/puan yang sudi untuk mengimarahkan surau-surau disana boleh lah menginfakkan sedikit dari pendapatan/rezeki bagi membolehkan Badan Amal menganjurkan program-program yang dapat memanfaatkan penduduk kampung inshaAllah. Kepada sesiapa yang ingin menganjurkan kursus jenazah inshaAllah boleh contact no tel. saperti tertera diatas, for info saya juga pemegang tauliah dari JAIS.

Alhamdulillah seusai kursus jenazah, kami telah menhantar bantuan barang dapur kepada beberapa keluarga sekitar area Kuala Kangsar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan/puan yang sudi menginfak kepada golongan miskin kampung dan miskin bandar. Semoga Allah swt memberkati tuan/puan serta keluarga dengan rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan diberi umur yang panjang. Aamiin YRA.




















wakaf kain kafan 





penduduk Kg Kubang Halban Beluru



Kg Halban Beluru



Kg Halban Beluru

Karai

Keluarga di Kg Lubok Merbau




Suami isteri buta di Kg Ketiau Dalam


keluarga di Kg Lempor pekerjaan menoreh getah


Ibu tunggal di Kg Melayu Subang 



Kursus jenazah bersama guru-guru Kemas 
Daerah Klang Parlimen Kapar pada 29/5/2024





Di bawah kursus jenazah yg diadakan di Masjid Meranti Puchong

pada 12/5/2024





No comments: