Setelah selesai agihan dibuat di Lenggong kami terus beredar ke Kg Redang Panjang sampai disana jam 1.00 tengahari. Kami mulakan kerja mengukur pelajar-pelajar dari jam 2.00 ptg dan berakhir jam 7.00 ptg. Setelah selesai kami terus bertolak balik ke KL pada malam hari yang sama. (Alhamdulillah selamat sampai ke rumah jam 1.00pagi)
Seramai 33 pelajar yang terpilih dari Kg Temelong manakala 77 lagi dari Kg Redang Panjang termasuk beberapa orang pelajar India dan pelajar sekolah menengah. Jumlah kesemua yang menerima bantuan seramai 109 pelajar terdiri dari anak-anak keluarga yang berpendapatan bawah RM700 sebulan.
Bantuan yuran sekolah sebanyak RM24 (seorang) kepada 10 orang anak yatim dari Lenggong Perak diserahkan kepada Cikgu Shahrizan untuk meringankan beban ibu-ibu tunggal disana.
Jazakallah khairan kathiran diucapkan kepada Cikgu Shahrizan sekeluarga dari Lenggong, En Jamaluddin sekeluarga dari Batu Kurau dan tidak lupa juga kepada Puan Elly dan suami dari http://www.eksekutifsuri.com/ & Ummiku Sayang Charity Team yang sama-sama mengiklankan program ini through email untuk mendapatkan dana.
Kepada sekalian para dermawan yang sama-sama membantu memberi sumbangan, kami mendoakan semoga didalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T . Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberi ganjaran pahala dunia dan akhirat kepada kalian diatas keprihatinan semua.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Pengarah Syarikat Dana Harta TTDI Seksyen 13 Shah Alam, serta semua kakitangan yang menjadi penyumbang terbanyak untuk dana ini. Semoga Allah S.W.T memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada syarikat mereka pada tahun-tahun seterusnya.
Sila lawati juga blog wakil dari Batu Kurau berkaitan bantuan ini di http://www.jamalhassim.blogspot.com/ hari pertama kanak-kanak ke sekolah dengan pakaian seragam baru.
Selain dari itu bantuan dana ini juga diberi kepada Rumah Anak Yatim Haluan Klang dan Baitul Fitrah Bandar Country Homes Rawang.
Semoga bantuan sebegini dapat dipanjangkan kepada sahabat-sahabat kerana disana masih banyak lagi orang-orang miskin hidup didalam kedaifan dan tidak mendapat perhatian dari mana-mana pihak. Mungkin ada yang terlepas pandang sebab itu bantuan tidak sampai kepada mereka. Jadi bagi kita yang tahu hal ehwal mereka sedikit sebanyak harus membantu dengan sekadar yang termampu.
Syukur kepada Allah S.W.T dengan izinNya kita dapat mengadakan program sebegini dan hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang diberi pentunjuk taufik dan hidayah daripadaNya. Semoga ia menjadi bekalan kita ke akhirat kelak.
beberapa pelajar menengah
sedang menunggu giliran
pelajar sek rendah bergambar
setelah mendapat bantuan
masing-masing
beberapa pelajar Indian
menerima bantuan
sebahagian dari pelajar
yang menerima bantuan
salah seorang
pelajar sekolah menengah
sedang mengambil
ukuran
agar berjalan lancar
pelajar-pelajar menunggu
diluar sambil dijamu roti, muffin
air kotak
Sampai di Lenggong Perak jam 9 pagi terus ke kedai baju sekolah. setelah buat bayaran semua baju dan kasut sekolah dibawa ke rumah Cikgu Shahrizan di Kg Temelong 3 km dari kedai tersebut. Kanak-kanak telah berkumpul disitu sejak awal pagi lagi untuk menerima bantuan baju, kasut, beg dan peralatan sekolah. Alhamdulillah semua nya selesai dalam masa yang singkat,terima kasih kepada Cikgu Jan yang bertungkus lumus membawa kanak-kanak ke kedai pakaian (gambar saperti dibawah) untuk mengambil ukuran setiap kanak-kanak iaitu seramai 33 orang 2hari sebelum kami tiba disitu.
gembira setelah mendapat
beg, menjamu selera sambil
mengalas beg masing-masing
bergambar beramai-ramai
sebagai kenangan setelah
menerima bantuan
sedang memerhati
bantuan yang diterima
bantuan sedang disampaikan
kepada pelajar lelaki
gembira setelah mendapat
beg, menjamu selera sambil
mengalas beg masing-masing
bergambar beramai-ramai
sebagai kenangan setelah
menerima bantuan
sedang memerhati
bantuan yang diterima
bantuan sedang disampaikan
kepada pelajar lelaki