Alhamdulillah dengan izin Allah SWT misi bantuan untuk pelajar-pelajar miskin dari Parit Buntar telah disampaikan pada 23/12/11 bertempat di kedai membeli belah Hari-Hari. Seramai 38 pelajar telah menerima bantuan berupa baju, kasut, beg, stoking, tudung dan alat-alat tulis persekolahan.
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang budiman yang telah menginfakkan sedikit dari pendapatan/harta mereka ke jalan Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dan semoga hidup kalian sekeluarga diberkati dan dirahmati.
InsyaAllah program misi bantuan ini akan diteruskan pada tahun -tahun berikutnya selagi mana Allah memberi kesempatan kepada kita untuk melakukan amal jariah sebegini. Pada misi kali ini kita hanya mampu memilih 2 pelajar dalam setiap keluarga walaupun masih ada adik beradik yang tidak terpilih menerima bantuan, ini kerana dana tidak mencukupi. InsyaAllah pada tahun akan datang peruntukan akan diberi kepada semua adik beradik didalam setiap keluarga agar tidak ada adik atau abang atau kakak yang hanya melihat salah seorang dari mereka sahaja yang menerima bantuan. Sedih melihat adik beradik yang tidak terpilih.
Tuan Hj Hamdan wakil dari Parit Buntar |
pelajar sedang memilih tudung |
pelajar ini bersama ibunya sedang memilih baju |
bayaran di kaunter |
bergambar beramai dihadapan pusat membeli belah Hari-Hari |
agihan beg dan alat tulis dihadapan kedai Hari-Hari |
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang budiman yang telah menginfakkan sedikit dari pendapatan/harta mereka ke jalan Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dan semoga hidup kalian sekeluarga diberkati dan dirahmati.
kedua-dua kanak-kanak ini ceria setelah mendapat bantuan yang mana nama mereka tidak tersenarai dalam list pada awalnya |
InsyaAllah program misi bantuan ini akan diteruskan pada tahun -tahun berikutnya selagi mana Allah memberi kesempatan kepada kita untuk melakukan amal jariah sebegini. Pada misi kali ini kita hanya mampu memilih 2 pelajar dalam setiap keluarga walaupun masih ada adik beradik yang tidak terpilih menerima bantuan, ini kerana dana tidak mencukupi. InsyaAllah pada tahun akan datang peruntukan akan diberi kepada semua adik beradik didalam setiap keluarga agar tidak ada adik atau abang atau kakak yang hanya melihat salah seorang dari mereka sahaja yang menerima bantuan. Sedih melihat adik beradik yang tidak terpilih.
No comments:
Post a Comment