Tuesday, September 14, 2010

Iftar Ramadhan, Sumbangan Zakat dan Bantuan di Lenggong Perak

Majlis Iftar Ramadhan dan bantuan zakat ini telah diadakan di Masjid Lama Kg Temelung Lenggong Perak pada 4/9/10. Saya bersama keluarga dan Puan Rozita bersama keluarga beliau menghadiri majlis ini.
Alhamdulillah bantuan zakat dapat disampaikan kepada 5 keluarga terdaif di kampung ini. Selain itu sumbangan kain telekung, kain batik juga dapat diagihkan kepada semua penduduk yang hadir pada malam tersebut seramai 40 orang muslimat. Anak yatim yang hadir seramai 7 orang juga diberi sedikit sumbangan dan selainnya untuk kanak-kanak yang hadir pada malam itu. Kain Pelikat diagihkan kepada lebih 40 orang muslimin.
Penduduk kampung telah bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa pada hari tersebut antara menu yang disediakan kuih-muih, nasi beriani, daging kurma, dalca, rendang dan sayur.
Saya dan Puan Rozita amat bersyukur kerana dapat berbuka dengan orang-orang kampung dan sekaligus dapat menghantar sumbangan kepada mereka, semuanya datang dari hamba-hamba Allah yang tinggal di sekitar KL, kami sebagai pengantara untuk menyampaikannya dan segalanya adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT. (saya syorkan sesekali elok juga kita bawa ahli keluarga kita berbuka di kampung-kampung bersama fakir miskin atau menziarahi mereka supaya anak-anak kita sedar betapa beruntungnya mereka berbanding kanak-kanak dikampung)
Antara aturcara majlis pada hari itu dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diikuti dengan majlis berbuka puasa. Selepas berbuka 5 keluarga menerima bantuan zakat dan duit raya untuk kanak-kanak. Selepas solat terawikh tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Tarmizi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang semuanya dari Kuala Lumpur dan Shah Alam. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dengan usaha murni ini.

kain telekung sedang diagihkan









3 dari 5 keluarga yang datang
untuk menerima zakat


penerima zakat





penerima zakat







kanak-kanak perempuan
sedang menerima sedikit
sumbangan dan duit raya



kanak-kanak lelaki






































dari kanan Us Tarmizi , Imam
dan Pengerusi Masjid















sedang menjamu juadah
berbuka














Majlis bacaan Yaasin
















Muslimat yang hadir sebelum
berbuka diruang luar masjid







diruang dalam masjid




No comments: