Thursday, March 10, 2011

Misi Bantuan Baling Mac 2011

Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah SWT dengan izinNya kami telah dapat menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin sekitar Baling Kedah (nama-nama kampung sila lihat artikel sebelum ini).
Seramai 50 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan berupa makanan harian saperti beras, gula, susu, tepung dll. peruntukan RM100 per family. Antara penduduk yang menerima bantuan 34 terdiri dari keluarga miskin dan 16 terdiri dari ibu tunggal.
Majlis penyampaian diadakan di Kg Becah Sawa pada 5 Mac 2011 jam 4.00ptg. Pada petang tersebut seramai 42 keluarga menerima bantuan, manakala 8 keluarga lagi sumbangan mereka di hantar terus ke rumah-rumah.
Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka hati para dermawan walau dimana jua mereka berada didalam dan luar negara. Diantara mereka dan kami yang menjalankan amanah ini tidak ada yang mengenali diantara satu sama lain tetapi dengan kuasaNya Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah kami dapat mengumpul sedikit dana bagi tujuan misi bantuan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua dermawan, semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dengan amal jariah yang kalian buat selama ini. Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati dan dirahmati.

Sedikit rentetan perjalanan kami : -

Rombongan kami seramai 18 orang termasuk kanak-kanak. Barang-barang dibawa dengan kenderaan pacuan 4x4 (2 Triton & 1 Hilux). Tunku Maziah dan Puan Win serta 3 anak-anak beliau telah menyertai misi ini dengan membawa buku-buku dan baju. Sebuah lagi kereta iaitu Puan Elly dan suami serta anak-anak, yang membawa cup cakes untuk diagihkan kepada penduduk. Perjalanan kami dari KL bermula seawal 7.30am sampai di Kuala Kangsar jam 10.30am. Di Kuala Kangsar kami singgah di kilang IMP (industri produk Islam) untuk membeli Hot Chocolate(minuman saperti Milo) dan biskut untuk penduduk miskin.
Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.
Selepas solat kami terus ke tempat majlis diadakan di Kg Becah Sawa tidak jauh dari tempat penginapan kami (about 5 mins drive from Leggong Hot Spring Resort).
Setelah selesai kami dijamu dengan minuman petang, kami terus menghantar barang ke 2 buah rumah sekitar Kg Becah Sawa kemudian kami terus ke Sik (perjalanan 30 min) juga menghantar barang kepada seorang ibu tunggal bersama 3 orang anaknya yang menumpang dengan bapanya setelah kematian suami dalam kemalangan jalan raya 2 bulan yang lalu.
Keesokan hari kami telah melawat dan menghantar barang ke 4 buah rumah penduduk kampung daif 2 daripadanya warga emas tinggal bersendirian. Lagi gambar-gambar sila buka post Misi Baling 2.























rumah yang belum siap
untuk seorang ibu tunggal
yang baru kematian suami

Ibu tunggal tersebut
mempunyai 3 orang anak





ibu tunggal tersebut sekarang
ini menumpang dirumah
bapanya













seorang warga emas yang
mendapat bantuan tinggal
bersama anaknya yang juga
didalam kategori fakir miskin




























































sebelum bantuan diberi
kami telah menjamu para
penduduk yang hadir dengan
sedikit jamuan ringan



























penduduk yang hadir sedang
menunggu sementara barang2
baru diturunkan dari
kenderaan




















minum petang dirumah
cikgu Khutub setelah mengagihkan
bantuan kepada 42 keluarga
misi selepas minum petang
melawat dan menghantar
bantuan kepada 3 keluarga




makan malam di rumah
cikgu Khutub








berhenti rehat dan lunch
di Pengkalan Hulu































































3 comments:

Azman said...

Tahniah dan syabas.

Unknown said...

Assalamualaikum, Mudah-mudahan Allah Memberkati segala kebajikan yang dilakukan.Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mengerjakan kebaktian......

Unknown said...

Harapan pada masa akan datang pihak tuan/puan dapat membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan Lenggong pula, InsyaAllah.